Nuffnang

Khalid VS Azmin VS PKNS : Siapa KANGKUNG Sebenarnya?




KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menafikan kenyataan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa pengguguran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali daripada Lembaga Pengarah PKNS dibuat oleh perbadanan itu sendiri dan bukannya oleh kerajaan negeri.

Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, kuasa lantikan ahli perbadanan itu terletak pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.

Dalam satu kenyataan beliau mengesahkan bahawa PKNS telah memaklumkan kepada Mohamed Azmin mengenai penamatan jawatannya melalui sepucuk surat bertarikh 8 Januari 2014.

"Tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MKKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MKKN pada 4 Disember 2013.




"PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik Ahli Perbadanan adalah ditangan MMKN dan bukan di tangan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Abdul Khalid dalam sidang media pada Rabu menafikan beliau terlibat dalam penyingkiran Mohamed Azmin sebaliknya menegaskan keputusan untuk tidak memperbaharui lantikan itudicadangkan oleh Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

Penglibatannya itu dibangkitkan ekoran dakwaan tindakan pengguguran itu ada kaitan dengan pemilihan jawatan Parti Keadilan Rakyat tidak lama lagi. 


"Keputusan bukan dibuat exco. Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh GM PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tak buat keputusan itu.

"Dalam minit mesyuarat exco tiada siapa yang disingkir. Surat sudah diberi kepada Azmin dan beliau terima. Exco terima keputusan mereka," katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco pada Rabu.

Abdul Khalid juga memberi jaminan sedia mendedahkan dokumen-dokumen berkaitan dengan penamatan jawatan Mohamed Azmin itu dalam masa yang terdekat.

"Kami akan keluarkan surat dan minit mesyuarat exco pada 4 Disember, dalam dua minggu lagi. Saya sedang lihat Akta Rahsia Rasmi," katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin melalui satu komentar di Twitter memperlekehkan kenyataan Abdul Khalid itu.

Mohamed Azmin dan Abdul Khalid sebelum ini berlaga angin secara terbuka dalam beberapa perkara yang dipercayai ada kaitan dengan kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid juga memaklumkan kontrak Othman yang akan tamat pada hujung bulan ini tidak akan disambung.

Beliau dijangka akan digantikan oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Azlan Md. Alifiah.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top