Nuffnang

BERAKHIR SUDAH : Pusat Mengundi PRK Sg Limau DITUTUP!!




YAN: Kesemua 17 pusat mengundi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau ditutup pada 5 petang Isnin setelah dibuka sejak 8 pagi.

Pusat mengundi itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Buloh; SK Sungai Dedap; Sekolah Menengah Agama Nahdzah; SK Bukit Besar; SK Simpang Tiga Sungai Daun; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Min; SK Haji Kassim Jasin; SK Sungai Daun Tengah; SK Sungai Limau; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Limau; SK Sungai Kering; SK Ulu Sedaka; SMK Batu 17, Padang Lumat; SK Padang Lumat; SJKC Pei Hwa Batu 17, Gurun; SK Dulang dan SMK Dulang.

Proses pengundian pada Isnin yang mulanya berjalan lancar turut dicemari beberapa insiden provokasi membabitkan perang mulut antara penyokong kedua-dua parti yang bertanding iaitu Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Malah Ketua Wanita cawangan Bandar Baru Sentul (1C), Kuala Lumpur Norsidah Abu Bakar dilaporkan ditumbuk penyokong PAS ketika merayu undi di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di sini, Isnin.

Sementara itu, jalan-jalan di sekitar kawasan Sungai Limau turut sesak dipenuhi kenderaan pengundi serta penyokong BN dan PAS sejak pagi tadi, dan telah menyebabkan pengundi mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini, dan keputusan rasmi dijadual diketahui seawal 9 malam.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan wakil rakyat kawasan itu sejak 1995.

Dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas, Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi dalam pertandingan empat penjuru. - BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top