Nuffnang

PETRONAS OH PETRONAS!!! Petronas Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang!!!







BERAPA ramai antara kita yang pergi ke stesen minyak Petronas setiap pagi untuk membeli nasi lemak, roti dan kuih-muih yang dibekalkan syarikat kecil Melayu atau makcik-makcik di kampung untuk dijadikan sarapan?

Semua itu dikhuatiri hilang tidak lama lagi apabila Petronas didakwa mengamalkan dasar baharu, bercanggah dengan dasar penubuhan syarikat minyak negara itu untuk membantu peniaga tempatan.

Daripada projek ratusan juta ringgit melibatkan telaga minyak di tengah laut sehinggalah kepada kontrak bekalan roti di kedai Mesra Petronas, semuanya didakwa mula diberikan kepada syarikat asing tanpa memberi peluang adil kepada peniaga tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mahshar berkata, badan bukan kerajaan itu menerima banyak aduan daripada syarikat dalam industri minyak dan gas negara mengenai sikap Petronas yang didakwa mereka sebagai pilih kasih dalam memberikan kontrak.

“Pembekal perkhidmatan minyak dan gas, pengusaha stesen minyak, kontraktor atau syarikat logistik, semuanya mengadu mengenai Petronas,” katanya dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini.


Dasar Petronas mula berubah

Beliau mendakwa Petronas cuba mengetepikan syarikat Bumiputera dan Melayu dalam pemberian kontraknya dan tersasar daripada peranan asalnya untuk membantu membangunkan syarikat Bumiputera dalam industri minyak dan gas.




Menurut Mohd Nizam, MTEM dan syarikat tempatan dalam sektor itu berkongsi pendapat sama dengan Petronas bahawa pemberian kontrak harus dilakukan berdasarkan keupayaan dan prestasi syarikat.

“Memang kita pun mahu syarikat yang layak sahaja diberikan kontrak tetapi jangan guna alasan itu untuk hentikan semua projek kepada syarikat Melayu,” katanya.

Mohd Nizam berkata, MTEM pernah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Petronas berhubung isu ini pada Februari lalu namun hasilnya tidak memuaskan.

“Mula-mula nampak hasil pertemuan seolah-olah baik, (pengurusan tertinggi Petronas) janjikan pelbagai perkara, termasuk kerjasama antara MTEM dan Petronas.

“Tetapi dua minggu selepas pertemuan itu, Petronas hantar surat jawapan memaklumkan syarikat itu tidak bersedia memberi komitmen kepada perkara dibincangkan dengan MTEM dalam pertemuan itu, terutama berhubung agenda Bumiputera dan Melayu,” dakwanya.
Share this article

4 Komen:

  1. Kerajaan PM Najib segera TUTUP SUIS ini !

    BalasPadam
  2. najibbbbbb ....kamu tak dengar ke keluhan orang melayu dan Bumiputra...

    BalasPadam
  3. Najibbbbb.....apa sudah jadik dengan kad diskaun 50% pengguna MyKomuter KTMB....budget 2013 ada 50% potongan harga ....budget 2014 mengapa tak diteruskan....tadi saya naik Klang ke KL Sentral...kena bayar penuh...alasan kerajaan Najib tak teruskan diskaun 50% lagi mulai Nov 2013....apa nak jadik nie...minyak naik...kata Najib nak bantu rakyat.untuk gunakan pengangkutan awam KTMB......yang servisnya pon macam cap ayam...kejap on time ...kejap delays...

    BalasPadam
  4. Jom kita ramai ramai berdemo depan perdana putra desak najib razak letak jawatan perdana menteri. Lepas tu kita ramai ramai berdemo depan seri perdana desak rosmah mansor supaya nasihatkan najib jadi lelaki melayu sejati.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top