Nuffnang

FITNAH!! Pelantikan KPPA Baru Hanya Khabar Angin - KSU KPM



"Beberapa hari ini telah tersebar khabar angin (rumours) bahawa saya akan menggantikan YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 

Di sini, ingin saya menafikan serta menjelaskan bahawa perkara ini adalah tidak benar sama sekali dan merupakan fitnah yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggung jawab.


Saya masih lagi Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan akan terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan kesetiaan dalam melaksanakan amanah yang diberikan." 





Kenyataan tersebut telah dibuat oleh YBhg. Datuk Dr. Madinah binti Mohamad, KSU Kementerian Pendidikan Malaysia dalam laman Facebook beliau ekoran terdapat khabar angin terbaru yang mengaitkan beliau akan menggantikan Tan Sri KPPA, Tan Sri Zabidi, yang baru sahaja dilantik pada 15 Mac 2013 yang lalu. 

YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal telah mengisi Kerusi PANAS jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang telah dikosongkan sejak 1 Julai 2012 berikutan penamatan perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah dalam perkhidmatan Kerajaan.

Beberapa hari kebelakangan ini, terdapat khabar angin menyatakan bahawa Tan Sri Zabidi akan meninggalkan kerusi panas KPPA tersebut disebabkan masalah tertentu yang tidak diketahui puncanya.

Manakala nama Datuk Madinah, KSU KPM disebut-sebut akan diangkat ke kerusi tersebut sehinggakan memaksa beliau membuat satu kenyataan di laman facebook bagi menafikan perkara tersebut.

Untuk makluman, kenyataan Datuk Madinah itu turut dipanjangkan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa di laman facebook beliau.




Namun demikian, banyak pihak menyatakan penafian tersebut sepatutnya dibuat oleh Tan Sri Zabidi dan bukannya oleh Datuk Madinah. Penafian oleh Datuk Madinah memberi gambaran kepada rakyat dan kakitangan awam bahawa beliau memberi perhatian dan minat yang serius untuk ke kerusi panas KPPA itu. Tambahan pula penafian itu dibuat di media sosial. 


Mungkin ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh dengan mewujudkan "konflik" ini. Mana tahu kan?


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top