Nuffnang

AMUK!! VIDEO DAN GAMBAR Kejadian Yang Mengakibatkan 2 Kematian!!





Seorang budak penghantar barang tiba-tiba mengamuk lalu menikam dua orang sehingga mati sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini pada Khamis.

Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek yang berusia 26 tahun itu menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak.


Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata suspek menikam pemilik kedai berusia 60 tahun dan pembantunya iaitu seorang perempuan berusia 40 tahun.

"Dia kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah van jenis Daihatsu berwarna putih menghala ke Taman Melati.

"Kenderaan dinaiki suspek turut berlanggar dengan sebuah lagi van yang dipandu oleh seorang lelaki tua di hadapan stesen LRT Taman Melati," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.



Beliau berkata pemandu van tersebut keluar daripada kenderaannya untuk melihat keadaan vannya turut ditikam sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

"Suspek kemudiannya kembali menaiki vannya dan memandu kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian sebelum berlanggar dengan sebuah Toyota Prius yang dipandu oleh seorang remaja.

"Dia kemudiannya menikam remaja berkenaan sekali dan ketika mangsa cuba melarikan diri, suspek menikam mangsa sebanyak dua kali lagi," katanya sambil menambah remaja berkenaan merupakan pelajar kolej turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan insiden berkenaan segera menahan suspek sebelum pihak polis tiba.


Difahamkan suspek dilihat bercakap seorang diri dan gagal menahan rasa amarahnya ketika kejadian.










Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok. 
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalumelanggar sebuah van membawa mineral. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian. 

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki. 

"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian. 

Orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.


Video lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa yang berjaya ditangkap dikongsi oleh rakan facebook ;-


Share this article

5 Komen:

  1. Salam.
    Seseorang manusia itu dinilai bukan waktu hidupnya...tetapi perjalanan pulang mereka kembali Ke Rahmatullah dalam mengharungi sakaratul maut.Jika kita menilai seseorang tidak betul,terlebih belajar...mungkin susunan ilmunya tidak betul....apakah ilmu tersebut tidak betul...apakah silat sesat ? Jika dinilai pengkahiran kisah hidup saudara Islam kita yang mengamuk diatas...dia cuma jarang merujuk Guru atau Gurunya mengabaikannya atau disisihkan dan terpinggir...tetapi dalam dia mengharungi sakratul maut...dia sempat mengucap Kalimah Tauhid. Laillahaillallah Muhammad Darasullullah...maka Islam itulah yang diharapkan oleh semua Umat Muhammad melafaznya sebelum meninggal dunia....makanya orang yang mengata-ngata dia mengutuk-ngutuk dia belum tentu dapat mengucap sebelum mati...pastikah mereka mereka yang menyindir sinis dalam suara rakaman itu dapat mengucap sebelum meninggal seperti Adik itu... ?
    Alhamdulillah dia berjaya dalam sakratul maut...barangsiapa yang lepas di Alam Barzakh maka lepaslah dia di Yautmasyar....tergolong dalam Umat Nabi Muhammad.Kita ...? Selamat tak ? Rasanya sempat tak mengucap sebelum sakratul maut.... ? Al-Fathihah untuk mereka...

    BalasPadam
  2. laaaa....blog umnongok ke...buang masa aku je layan macai macai dungu kat sini..

    BalasPadam
  3. Pkr kot ni. Org2 dlm pkr je yg ada potensi. Tengoklah dari segi diorang ckp mesti ada carut dan maki. Hati nak marah je. Suspek tu org pkr la tu

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top