Nuffnang

SYIAH!! 2 Premis Diserbu, 2 Ditahan!!



Gambar hiasan


TAIPING: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) hari ini menyerbu dua premis di sini dan menahan dua individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah.

Dalam serbuan pertama kira-kira pukul 11 pagi, JAIPk menahan seorang pengamal perubatan alternatif wanita di sebuah klinik di Medan Kamunting dekat sini dan turut merampas bahan-bahan serta dokumen berkaitan ajaran Syiah termasuk poster, buku dan cakera padat (CD).

Tidak lama selepas itu, JAIPk turut menahan seorang lelaki di sebuah premis di Kampung Klian Pauh, Jalan Kamunting Lama dan merampas beberapa lagi bahan serta dokumen berkaitan ajaran tersebut.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, kedua-dua individu tersebut iaitu Dr Nur Azah Abdul Halim, 41, dan Mohammad Ridzuan Yusof, 51, didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Perak, di sini petang ini.

Namun, katanya, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Muhammad Taifor Ahamad Rusdi.

"Mereka didakwa mengikut Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mengingkari fatwa Jabatan Mufti negeri kerana memiliki buku dan dokumen berkaitan ajaran Syiah.

"Kedua-duanya kemudian dilepaskan dengan jaminan RM3,000 setiap seorang dan kes itu akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Taiping pada 20 Ogos ini," katanya ketika dihubungi di sini.

Ditanya sama ada kedua-dua premis tersebut menjadi pusat penyebaran ajaran Syiah, Mohd Yusof tidak menolak kemungkinan tersebut.

"Kita cuma jumpa bahan-bahan ajaran Syiah. Jadi, tidak boleh hendak kata dua premis itu menjadi pusat penyebaran ajaran Syiah tetapi saya tidak menolak kemungkinan tersebut," katanya.

Sebelum ini, JAIPk dilaporkan sedang memantau sekumpulan pengikut ajaran Syiah yang sanggup membuat akuan bersumpah di pejabat pesuruhjaya sumpah bahawa mereka adalah ahli Syiah.

Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996.

Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Perak pada 4 Januari 2012 antara lain menyebut orang Islam dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen.

Selain itu, orang Islam juga dilarang menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan.

Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan mengesan terdapat 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan 10 kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.

- Antarapos
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top