Nuffnang

MAHKAMAH : Kemenangan Lajim Ukin Dicabar!!




KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini membenarkan petisyen pilihanraya untuk mencabar keputusan pilihanraya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias.berit

Petisyen ini dikemukakan oleh calon Barisan Nasional (BN) Isnin Aliasnih, yang mendapat 6,182 undi semasa pilihan raya umum pada 5 Mei.

Kerusi ini disandang oleh Ketua Pembangkang Sabah Datuk Lajim Ukin yang menang di Klias pada PRU-13 dengan majoriti 342.

Ini adalah kali pertama satu petisyen pilihanraya dibenarkan selepas pilihanraya umum itu.

Pengerusi BN negeri yang juga Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, pada mulanya Umno memenangi kerusi itu, namun selepas kiraan semula sebanyak tiga kali, akhirnya bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu diumumkan sebagai pemenang.

"Di DUN Klias, selepas tiga kali pengiraan undi baru dia (Lajim) menang, kali pertama kira Isnin Aliasneh (calon BN) menang dan akhirnya pada kali ketiga kira, baru dia menang.

"Kita (BN) akan buat petisyen kerana dengan undi sekitar 100 sahaja dia boleh menang," kata Musa Aman yang banyak menghabiskan masanya berkempen di kawasan itu sebelum dan semasa PRU lalu.

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.25 - KLIAS 

NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1. MOHD SANUSI BIN TARIPIN SAPP 182 HILANG DEPOSIT
2. ALIAPA BIN OSMAN STAR 71 HILANG DEPOSIT
3. LAJIM BIN UKIN KEADILAN 6,324 MENANG
4. ISNIN BIN ALIASNIH @ LIASNIH BN 6,145 

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 15,338 
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 342 
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 13,064 
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 13,162 
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 98 
PERATUS PENGUNDIAN : 85.80% 
MAJORITI : 179 


Dun Klias satu-satunya kerusi yang menyaksikan Umno tewas berbanding 31 kerusi negeri yang ditandingi parti itu.

Pada PRU lalu, Lajim yang juga Pengerusi Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan bertanding menggunakan lambang KEADILAN memenangi kerusi itu dalam saingan empat penjuru menewaskan calon BN yang juga bekas orang kuatnya, Isnin Aliasnih dan dua calon lain.

Lajim meraih 6,324 undi berbanding calon BN 6,145 diikuti Mohd Sanusi Taripin dari Parti Maju Sabah (SAPP) 182 undi dan calon Parti Reformasi Sarawak (Star) cawangan Sabah, Aliapa Osman
71 undi.

Calon SAPP dan Star bagaimanapun diisytihar hilang wang pertaruhan selepas gagal mendapat 10 peratus dari 13,162 pemilih yang keluar mengundi.

Isnin ialah Timbalan Ketua Bahagian Umno Beaufort di mana Lajim mengetuainya sekian lama sebelum bertindak menyokong Pakatan Rakyat sejak Julai tahun lalu bersama beberapa bekas ahli Umno yang lain.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top