Nuffnang

NGERI : Warga Emas Berbasikal Maut Dirempuh Kereta





GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga emas yang sedang berbasikal di Jalan Masjid Negeri di sini maut akibat dirempuh sebuah kereta semalam

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pada kejadian pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Low Kee Lai, 72, cuba menukar haluan basikalnya dari kiri ke kanan sebelum basikalnya bergesel dengan sebuah kereta Perodua MyVi dan terjatuh ke atas jalan.

"Mangsa yang tidak sempat bangun selepas terjatuh kemudiannya dilanggar pula sebuah kereta lain jenis Satria Neo yang tidak sempat mengelak," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, mangsa cedera parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top