Nuffnang

GANTUNG!! The New Village - Mencari Punca Ketirisan Lembaga Penapisan Filem




Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung tayangan filem “The New Village” yang seharusnya menemui penonton di pawagam pada 22 Ogos oleh kerana filem itu perlu menjalani satu lagi tapisan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, keputusan itu dibuat selepas heboh di media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung jalan ceritanya.

“Kita akan putuskan kemudian melihat kembali filem tersebut termasuk mengambil kira komen komen seperti dalam akhbar dan blog” katanya dalam satu sidang media selepas majlis berbuka puasa bersama kakitangan Penjara Sungai Buloh.

Menurut Ahmad Zahid, KDN ada menerima permohonan tapisan filem The New Village pada 4 September 2012.

Bagaimanapun apabila ditanya mengapa dulu pihaknya meluluskan filem tersebut beliau memberi komen babak yang ada dalam filem itu tidak keterlalaluan ketika itu.

Filem itu telah ditapis tiga panel ahli LPF dan diluluskan pada 7 September 2012. Jesteru itu kita tidak akan beragak agak untuk membatalkan filem itu sekiranya didapati mengandungi babak mengagungkan komunis.?

” Kita akan beritahu kelak tarikhnya jadi sehingga waktu itu saya harap tidak akan timbul sebarang spekulasi mengenai hal ini,” katanya.

The New Village diarahkan oleh Wong Kew Lit dan diterbitkan oleh Astro Shaw serta barisan pelakonnya tidak membabitkan pelakon Melayu dan India.

Filem itu berkisarkan kejadian darurat di Tanah Melayu pada 1949 serta mempaparkan PKM dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.

Filem New Village menayangkan kaum Cina sebagai mangsa komunis dan British tapi juga mahu gambarkan CIna komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Ingat Melayu lupa ke AMCJA yang amnbilalih kerajaan seminggu dan bertndak kejam. Mereka memasuki istana-istana dengan hasrat mahu menangkap dan bunuh Sultan dan Raja-Raja Melayu. Keluarga di Raja dan kaum bangsawan masih lagi ingatkah peristiwa ini?

Tak faham macam mana LPF boleh luluskan? Tahukah Lembaga LPF menilai filem? Satu hal lagi, macam mana FINAS boleh beri tarikh 26hb Ogos, dua hari sebelum tarikh tayang Tanda Putera pada 28hb. 




Tahulah New Village adalah keluaran Astro dan Shaw, sapa dah kena sogok dalam FINAS? 

Baca analisa MIM SINI dan Bigdogdotcom SINI 

Syabas Dato Zahid! Takyah nak kasi amaran lagi! Kepimpinan yang tegas yang rakyat mahu!!!
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top