Nuffnang

MUTAKHIR : TAHANAN FLASHMOB DEPAN SOGO TELAH DIBEBASKAN!!




KUALA LUMPUR: Peserta flashmob Black 505 yang ditahan di luar pusat membeli-belah Sogo hari ini telah dibebaskan.

Pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Nalini Elumalai mengesahkan perkara ini kepada AstroAWANI.

Nalini berkata 15 peserta tersebut termasuk seorang kanak-kanak berumur 10 tahun telah ditahan dibawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Awam 2012.


Awal hari ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata hanya 13 peserta telah ditahan.

“Kami menerima maklumat bahawa flashmob ini adalah untuk menyeru orang untuk menyertai perhimpunan Black 505 pada 22 Jun.

“Kami telah membawa mereka ke Balai Polis Dang Wangi untuk membantu siasatan. Mereka akan dibebaskan selepas keterangan diambil,” kata Zainuddin.

Zainuddin turut berkata perhimpunan pada Jun 22 itu tidak memenuhi syarat dan didapati akan menganggu lalu lintas sekiranya dilangsungkan.

Dalam laman Facebooknya, Nalini menamakan 15 orang itu sebagai Edy Noor, Shariful Azmir Mustafa, Abdul Aziz, Anwar Yaacob, Sky Lau Tock Sang, Gerald Tang, Safwan Shamsuddin, Zanina Mohamed, Abdul Muqit, Ekhsan Bukharee, Ibrahim Babu, Muhamad Al Fateh, Sulaiman Harun, Muhd Akmal Fizani, Roslee Mohd Shariff.

Satu lagi flasmob lain dijangka akan diadakan di Jalan Tun Perak pada pukul 6 petang Rabu depan.

- SUMBER


BB : DAH MACAM SUKA-SUKA PULAK DAH!!
Share this article

1 Komen:

  1. Tangkap dan ambil tindakan mengikut undang2 yg sedia ada.Jangan bagi muka.......kalau dibiarkan bgitu saja....naik toncang semuanya.wasalam.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top