Nuffnang

CHECKMATE!! POLIS KENALPASTI RED BEAN ARMY, TANGKAPAN DALAM MASA TERDEKAT!!!

Polis telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan pasukan tentera siber Red Bean Army.




Menurut sumber, sebanyak 30 individu telah dikesan menjadi orang upahan pihak pembangkang untuk melancarkan serangan ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi blog, laman sosial dan Youtube.

"Identiti lima atau enam daripada jumlah itu telah dikenal pasti sejak lebih seminggu lalu dan pasukan keselamatan percaya akan menangkap mereka dalam tempoh terdekat untuk menghapuskan kegiatan kumpulan ini yang diwujudkan bertujuan memburuk-burukkan kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber berkata, walaupun pada awalnya beratus-ratus akaun Facebook dikesan menjalankan kegiatan itu sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia, tetapi siasatan polis mendapati itu hanya akaun palsu yang dimiliki oleh 30 individu yang terlibat.

Red Bean Army difahamkan bergerak secara siber yang mempunyai misi menggulingkan kerajaan dengan dibantu oleh pihak tertentu dalam memberi dana dan bantuan kepada mereka.

Untuk rekod, sebelum ini akhbar melaporkan berita mengenai Red Bean Army adalah tentera siber yang dipercayai ditaja oleh DAP yang ditugaskan menyerang mana-mana tokoh politik, perniagaan, ikon hiburan serta sesiapa sahaja yang dilihat mera BN melalui media alternatif seperti blog, Facebook, Twitter dan YouTube bagi membangkitkan kebencian pengundi Cina.

Selain itu, Red Bean Army didakwa ditubuhkan untuk mencipta penipuan dan memanipulasi fakta dan menyuntik kebencian terhadap kerajaan oleh ahli yang diberi latihan oleh DAP serta dibayar gaji tetap sebanyak RM3,000 sebulan sejak enam tahun lalu.

Penglibatan syarikat elektronik Taiwan disiasat




Sebuah syarikat elektronik terbesar di Taiwan yang dimiliki seorang rakyat Malaysia sedang disiasat pihak berkuasa negara ini kerana dikenal pasti mempunyai hubungan dengan kegiatan tentera siber Red Bean Army.

Syarikat elektronik itu juga dipercayai mempunyai hubungan yang 'agak rapat' dengan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mempunyai cawangan kilang syarikat tersebut di negeri itu sejak beberapa tahun lalu.

Menurut sumber, siasatan pihak berkuasa akan turut menjurus kepada latar belakang Red Bean Army yang dipercayai menerima dana yang disalurkan oleh syarikat elektronik tersebut.

"Kita percaya pengasas syarikat tersebut terlibat secara langsung menyalurkan dana dan bantuan kewangan kepada kumpulan tersebut. Malah gambarnya bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah tersebar di portal propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini.

"Gambar tersebut memperlihatkan individu yang dikaitkan dengan syarikat elektronik itu bersama Guan Eng di atas pentas memberi ceramah ketika kempen pilihan raya umum yang lalu,"kata sumber itu lagi.

Menurut sumber, pemilik syarikat itu merupakan graduan di sebuah universiti di Taiwan mempunyai pengalaman bekerja di syarikat elektronik terbesar di negara itu sebelum memutuskan untuk membuka cawangan di Malaysia.

"Dia membuka cawangan syarikat tersebut di Pulau Pinang selepas mendapat bantuan dan kelulusan kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) kira-kira tiga tahun lalu tetapi akhirnya menyokong pergerakan Red Bean Army yang dipercayai diatur oleh pihak pembangkang," tambah sumber itu - UM

MiM ucapkan syabas kepada pihak berkuasa kerana bertegas serta mengambil tindakan keras terhadap kumpulan siber jahat tahap rasis Red Bean Army (RBA) . Sudah tentu negeri Pulau Pinang turut menjadi sasaran kerana juga merupakan salah satu ofis untuk kumpulan tersebut.

Melalui sumber, mereka yang selama ini keluar masuk KOMTAR untuk menjalankan tugas propaganda jahat mereka itu, sudah mulai merasa bahang kepanasan dan tidak senang duduk serta takut dikenal pasti dan ditangkap.





- SUMBER
Share this article

3 Komen:

  1. Cepat Cepat bertindak.....

    Pedulikan apa PKR, PAS, DAP atau yang lain-lain nak kata apa pun...

    Polis dan KDN sudah pasti melaksanakan tugas mengikut garis panduan Undang-Undang Sedia Ada...

    BalasPadam
  2. Budak ni yg invent pendrive tu ker? Kutip jgn x kutip...

    BalasPadam
  3. berdasarkan sumber? sumber jamban rase nyer. bagus ko buat kenyataan sesiapa sajer yg berdiri 1 meter dengan pemimpin DAP pun di masuk kan dalam list green bead ka, red bean ka, yellow bean, ada porn bean.

    salurkan dana ke dap, ada bukti? bank statement ader? mau statement macam Condo lembu wokey? tapi jangan lupa masuk kan cover letter.

    comon la, cara lapuk utk menakutkan sesiapa sahaja yg bangkit? so Adam adil tuh? yellow bean ker black bean?



    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top