Nuffnang

LAHAD DATU ATAU PRU13 : RCI YANG MANA KERAJAAN PERLU DAHULUKAN??



Kerajaan Malaysia mesti mempunyai satu keutamaan yang jelas iaitu melindungi keselamatan rakyat dan negara ini, khususnya daripada pencerobohan militer oleh pengganas asing. 

Rakyat Malaysia khususnya di Sabah masih tertanya-tanya mengapa Suruhanjaya Siasatan Diraja ataupun dikenali sebagai Royal Commission of Inquiry (RCI) tidak ditubuhkan untuk menyiasat dan mengadili mereka yang terlibat dalam menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 10 anggota pasukan keselamatan negara kita di Lahad Datu tempoh hari. 

Apakah yang lebih penting, melayan kerenah seorang manusia yang sudah gila bayang kerana gagal memenangi PRU13 untuk menjadi Perdana Menteri, atau melayan keperluan rakyat kita di pantai timur Sabah yang memerlukan jaminan keselamatan akibat pencerobohan pengganas yang kemungkinan akan berulang semula.





Tubuhkan dahulu RCI Pencerobohan Lahad Datu, barulah tubuhkan RCI PRU13! Dahulukan mana peristiwa yang terdahulu terjadi, ikut giliranlah!

Terdapat penemuan terbaru bahawa Anwar Ibrahim mendapat bantuan kewangan yang besar dari sebuah syarikat di negara jiran, dengan tujuan untuk melemahkan Kerajaan Malaysia dan menunjukkan kepada dunia dan rakyat Malaysia bahawa Kerajaan Malaysia lemah serta tidak mampu menangani kemelut pencerobohan terancang di Lahad Datu itu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pemimpin negara tersebut dan Anwar Ibrahim sudah tidak boleh menyembunyikannya lagi!

Maka, kita mendesak supaya kerajaan menyegerakan dan mengutamakan penubuhan RCI Pencerobohan Pengganas di Lahad Datu, bukannya RCI PRU13 yang sudahpun selesai dengan jayanya. 

Berjaya kerana kerana kerajaan DAP Pulau Pinang, kerajaan DAP Selangor dan Kerajaan PAS di Kelantan turut telah berjaya ditubuhkan hasil daripada kemenangan mereka di dalam PRU13 baru-baru ini. Mereka semua menerima dan tidak membantah keputusan PRU13!

-My Massa


BB : SECARA PERIBADI TENTULAH BB MAHUKAN RCI KRISIS LAHAD DATU DISEGERAKAN! SUDAH CUKUP DENGAN PELBAGAI ANDAIAN DAN TANGGAPAN MALAH TUDUHAN BERKENAAN HUBUNGKAIT PEMIMPIN PEMBANGKANG SEBAGAI DALANG PENCEROBOHAN TERSEBUT. KEPADA PIHAK BERTANGGUNGJAWAB, JANGAN SAMPAI PERSEPSI PEMBANGKANG MENJADI REALITI! 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top