Nuffnang

AMEK KAU!!! Selamba Jer Nelayan Ni Tengking Calon PRU13

Calon DAP Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham ditengking oleh seorang warga emas penduduk Pantai Remis sebaik beliau datang untuk berkempen di sebuah kedai kopi di sana.

Warga emas tersebut juga enggan bersalaman dengan Datuk Ngeh kerana beliau tidak berpuas hati sepanjang 5 tahun Datuk Ngeh menjadi ahli parlimen Beruas, tidak pernah sekali pun beliau turun padang untuk menyelesaikan masalah penduduk-penduduk.



Gambar Hiasan



Warga emas tersebut juga kecewa kerana DAP gagal menyelesaikan masalah beliau sebaliknya bertindak “lepas tangan” dan menyeru pengundi agar menolak pemimpin sebegini kerana tidak komited sebagai ahli parlimen.

Lebih memalukan, pengerusi DAP negeri itu dimarahi di depan kira-kira 10 pelanggan yang sedang minum di kedai kopi itu.

Nelayan warga emas berkenaan dikenali sebagai, Lim Pek Liang, 60, itu bukan sahaja bertindak memalukan Ngeh di depan pelanggan lain sebaliknya enggan berjabat tangan dengan penyandang kerusi parlimen itu.

Dia yang ditemui semalam berkata, Ngeh bersama calon DAP Pantai Remis, Wong May Ing mengadakan sesi bertemu pengundi di kedai kopi itu kira-kira jam 4 petang sebelum menuju ke arahnya.

"Sebaik tiba di meja saya, dia (Ngeh) menghulurkan tangan untuk berjabat namun,saya menepis tangannya.

"Ada sebab kenapa saya menolak tangan dan memarahinya kerana sejak menyandang kerusi parlimen itu, saya tidak pernah lihat dia turun padang apatah lagi mengambil tahu masalah rakyat di sini," katanya.

Katanya, dia mengakui menyimpan dendam kepada Ngeh kerana tidak membantunya untuk mendapatkan lesen baru menangkap ikan.

Menurutnya, bot yang dimilikinya ketika itu rosak dan tenggelam menyebabkan dia perlu membuat permohonan baru kepada Jabatan Perikanan Negeri untuk menangkap ikan semula. 

Lim berkata, peluang berdepan Ngeh sangat dinantikannya kerana sudah empat tahun dia menyimpan rasa marah itu.

Katanya, ketika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah Perak selama 11 bulan, dia pernah memohon Ngeh untuk menyediakan surat bagi permohonan lesen itu.

Bagaimanapun, katanya, Ngeh menyerahkan tugas itu kepada Wong namun, Wong sebaliknya menyediakan surat permohonan dalam bahasa Mandarin sekali gus tidak menepati syarat dikehendaki Jabatan Perikanan Negeri.

"Akibat itu, permohonan saya tidak dapat dipanjangkan kepada jabatan itu sebelum Ngeh dan Wong bertindak lepas tangan dan enggan membantunya.

"Saya sangat perlukan surat permohonan itu kerana tanpanya saya tidak boleh memulakan tangkapan di laut," katanya.

Katanya, berang selepas permohonan tidak dilayan oleh Ngeh, dia kemudian mendapatkan bantuan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Beruas, Datuk Chang Ko Youn sebelum permohonannya diterima.

"Saya amat berterima kasih kepada Chang kerana berjaya menyelesaikan masalah saya. Saya tidak menyangka dilayan buruk oleh Ngeh namun, pada masa sama percaya BN mampu lakukan sesuatu kepada penduduk di sini berbanding parti pembangkang," katanya.

Katanya, dia mengakui penyokong kuat DAP namun, bukan ahli parti itu.

Menurutnya, dia kesal dengan tindakan Ngeh yang jarang turun ke parlimen itu terutama bagi menyelesaikan masalah penduduk.

"Saya tidak pernah melihatnya sejak lima tahun lalu, tapi tiba-tiba muncul hanya kerana mahu mendapatkan sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum hujung minggu depan.

"Saya mahu rakyat tolak pemimpin sedemikian kerana tidak komited sebagai ahli parlimen serta mengabaikan rakyat," katanya.


BB : SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top