Nuffnang

OPS DAULAT : Kami Bukan Pengganas - Ahli Keluarga "MAT BOM

"Kami tahu polis cari ahli keluarga Mat Bom. Kami dengar dari cerita orang kampung yang Mat Bom ini dikehendaki, tapi kami langsung tidak tahu apa-apa mengenai aktivitinya," katanya kepada Bernama di Pusat Pemindahan Embara Budi di Felda Sahabat 17.

Anggota keluarga individu tempatan yang dipercayai tali barut pengganas Selatan Filipina dan dikenali sebagai 'Mat Bom', mendakwa mereka langsung tidak tahu dan tidak terlibat dengan kegiatan lelaki itu kerana tinggal berasingan dan sudah lama tidak berjumpa.





(Harian Metro: Jumaat, 8. Mac .2013, M/S :8)



Seorang daripada lapan anak Mat Bom mendakwa beliau dan anggota keluarga yang lain tinggal di Kampung Tanjung Labian manakala bapanya pula di Kampung Tanduo.

Wanita itu dan ibunya yang mendakwa ditahan pasukan keselamatan sejak 20 hari lepas, telah dibebaskan dan dibawa ke pusat itu semalam.

Mat Bom dipercayai terlibat dengan pengganas Sulu dengan menyebarkan risalah menghasut penduduk Sabah berketurunan Sulu supaya menyertai mereka dalam kegiatan menentang negara.

Mat Bom, seorang warga emas bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan ketika cuba memasuki pusat penempatan Embara Budi itu pada 8 Mac lepas dengan menyamar sebagai penduduk kampung.

Menurut penduduk kampung, gelaran Mat Bom diberi kepada pengganas itu kerana suka mengugut orang kampung dengan ugutan bom jika ingkar atau cuba melawannya.

Sementara itu, seorang cucu Mat Bom berkata apa yang berlaku melibatkan kegiatan Mat Bom tiada kena mengena dengan anggota keluarga yang lain.

"Polis datang cari kami dan bawa kami ke Lahad Datu untuk ditahan. Kami bagi tahu yang kami tiada kaitan walaupun kami ahli keluarga.

"Kami sudah lama tidak ke Kampung Tanduo kerana tinggal di Kampung Tanjung Labian. Kami tidak tahu yang Mat Bom terlibat dengan pengganas," katanya.

Cubaan untuk mendapatkan reaksi isteri Mat Bom gagal kerana difahamkan wanita itu kurang fasih berbahasa Melayu dan keadaannya uzur.

Anggota keluarga Mat Bom lain yang kebanyakannya wanita itu kelihatan takut dan enggan ditemuramah selain masalah komunikasi dan bahasa pertuturan.

Sementara itu menurut seorang anggota pasukan keselamatan yang berada di pusat penempatan itu, keluarga Mat Bom dijangka diasingkan daripada penduduk lain untuk tujuan keselamatan.

- BERNAMA

BB : Posting Selepas ini menceritakan cara bagaimana Komander Kiram Memasuki Lahad Datu, Sabah!!!
Share this article

2 Komen:

  1. ooohh.. orang kuat UMNO yang jadi dalang ya..?

    BalasPadam
  2. x kan seorg pun ahli keluarga mat bom tk perasangerak gerinya.ini mustahil.yalah,binatang belaan pun kita sayang,inikan pula keluarga sendiri.kalau nak bohong pun fikirlah dulu.sama ada logik ke xlogik.apapun,utk keselamatan negara,siasatlah seadanya.hargailah pengorbanan anggota keselamatan kita yg sanggup bergadai nyawa demipertahankan kedaulatan negara.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top