Nuffnang

MINI FILIPINA : Rupanya Kg Simunul Telah Lama Menjadi "Perkampungan Samseng"





PERKAMPUNGAN  Air Simunul, Semporna, berlaku pertempuran yang menyebabkan enam anggota polis maut.



Pengikut Jamalul Kiram III dipercayai bersembunyi di Kampung Simunul, Semporna, sebelum menyerang pegawai dan anggota polis hingga menyebabkan enam daripadanya terkorban pada 2 Mac lalu, kerana yakin lokasi itu paling selamat daripada pemantauan pihak berkuasa.


Ini berikutan reputasi perkampungan atas air itu sebagai sarang jenayah hingga digelar ‘kampung samseng’ oleh penduduk tempatan.


Imej negatif itu menyebabkan kumpulan pengganas memilih kampung terbabit sebagai lokasi persembunyian dan serangan, biarpun kedudukannya jauh dari perairan Filipina berbanding satu lagi lokasi serangan iaitu Kampung Tanduo di Lahad Datu yang dekat dengan perairan negara jiran itu.


Daripada maklumat penduduk tempatan, Kampung Simunul dikenali penduduk daerah itu sebagai sarang jenayah membabitkan aktiviti penyeludupan rokok dan dadah, termasuk transit kemasukan pendatang haram.


Malah, kebanyakan penduduk sekitar tidak berani memasuki kampung itu kerana dibanjiri pendatang tanpa izin dari negara jiran hingga digelar Filipina mini.

Share this article

3 Komen:

  1. ini kawasan syafie apdal/naib presiden umno.... dia tidak nampak ka atau saja2 buta tidak nampak keadaan ini.

    BalasPadam
  2. sudah terhantuk dahi baru dia nampak kot...

    BalasPadam
  3. x kira le kwsn siapa ... mende ni dah lama le... sebelum syafie jd ahli parlimen lg ... dah mcm tradisi dah area situ..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top