Nuffnang

Khabar Gembira!!! Internet Percuma Untuk Kita

Perkhidmatan ini dijangka dilaksanakan April ini dan bakal dinikmati kira-kira lima juta rakyat Malaysia. Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, khidmat internet akan diberi percuma kepada rakyat miskin dan pendapatan mengikut kelayakan skim BR1M. 

Pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah bagi satu keluarga dianggap boleh menerimaBR1M dan sebab itulah ia akan digunakan untuk menimbang kelayakan untuk penerima internet percuma ini. 




Satu lagi khabar baik yang telah diumumkan oleh Najib kelmarin semasa majlis ramah mesra warga Telekom Malaysia bersama Perdana Menteri ialah perkhidmatan internet percuma setengah jam pertama khas untuk warga miskin di bandar dan luar bandar.

Nampaknya, rakyat berpendapatan rendah bukan saja menikmati bantuan dari bentuk kewangan seperti BR1M malah mereka akan turut diberikan perkhidmatan internet percuma lepas ini. Satu usaha baik kerajaan yang memperlihatkan kebajikan dan kepentingan rakyat yang kurang berkemampuan tidak ketinggalan dalam arus 'dunia tanpa sempadan'.



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top