Nuffnang

EKSLUSIF : KENYATAAN MEDIA KBS BERHUBUNG ISU BAYARAN ARTIS K-POP

Tak habis-habis blog pembangkang cuba menyerang KBS samada sebelum, semasa mahupun selepas berlangsungnya Himpunan Jutaan Belia yang diadakan baru-baru ini. Selepas isu Azhar Idrose dan maksiat, K-Pop, kemalangan di acara drag, token RM30 untuk hadir ke HBN dan sebagainya, terbaru tersebar pula surat yang kononnya KBS dituntut untuk menjelaskan kos bayaran K-Pop yang mencecah lebih RM 2 juta.




BB pun tak tahu, makhluk mana la yang ada di KBS tu yang kononnya SUPER POWER RANGERS yang kononnya mempunyai keistimewaan untuk memperoleh segala macam bentuk dokumen sulit dan sebagainya untuk DIDEDAHKAN kepada rakyat.

Kalau sebelum ini PROFESOR JENIN MAHFUUUUZ mendakwa mempunyai bukti dan sumber yang paling kukuh sehingga sanggup membuat Sidang Media khas mengaitkan kerjasama antara KBS dan Hassan Ali yang melibatkan kos sebanyak RM30 juta, namun akhirnya tersipu-sipu malu di Parlimen apabila dijawab oleh Razali Ibrahim. Malah Mahfuuuz yang ditemui di luar Dewan sempat berseluruh "aku saja nak acah jer Dato'".

Macam ni pun ada ka? Fitnah dan dusta jadi mainan semata-mata untuk popular dan mengaburi mata rakyat. Dan yang paling BB tak tahan tu, rakyat yang terutamanya dari parti kosong ini terus terima tanpa usul periksa, malah menganggap penjelasan daripada kerajaan khususnya KBS hanya sebagai usaha kerajaan untuk menutup penyelewengan.

Persoalannya, siapa yang seleweng??? Yang BB tahu, Mereka inilah yang selalu seleweng fakta dan kebenaran demi mencari populariti.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, jom kita baca KENYATAAN MEDIA yang dikeluarkan dari KBS bagi menjawab tohmahan terbaru puak-puak yang cari makan dengan menabur FITNAH DAN DUSTA Ini:


KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
 
SIARAN SEGERA
 
 
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
 
 
KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN
 
PUTRAJAYA, 1 JUN 2012-- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.
 
Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.
 
“Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.
 
“Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya.
 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerima tajaan daripada pelbagai syarikat swasta bernilai RM28juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program.
 
KBS ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah diedarkan di dalam blog-blog itu adalah invois awal yang dibuat berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium First.   
 
Bagaimanapun menerusi perbincangan dengan agen tersebut akhirnya pihak Stadium First telah berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-pop tersebut hanya RM900,000.
 
Tiga kumpulan K-Pop dari Korea yang membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia adalah U KISS, TEEN TOP dan DAL SHABET.
 
Persembahan K-pop ini adalah salah satu daripada lebih 500 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh 5 hari Himpunan Jutaan Belia 2012.
 
 
 
DATO’ MOHID MOHAMED
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.
 
1 JUN 2012
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top