Namun begitu, pendedahan berlebihan kepada pengaruh luar dan liberalisasi maklumat dalam era globalisasi menyebabkan timbulnya kegawatan sikap dan nilai di kalangan golongan belia kita sehingga kadangkala menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat.
Pembangunan pesat dalam bidang sosial, ekonomi dan politik negara telah mewujudkan persekitaran baru dalam pembangunan belia. Perubahan perspektif serta gaya hidup masyarakat menjadi landskap baru persekitaran ini dan membawa implikasi kepada negara dengan kemunculan isu-isu baru yang mempengaruhi, berkaitan citarasa dan kehendak masyarakat. Secara fokus isu-isu baru ini menuntut kepada ketepatan aktiviti pembangunan, penekanan kepada keutamaan serta kepantasan dan keberkesanaan sistem penyampaian.
Selain dari itu, bentuk pengiktirafan bahawa mereka menduduki tempat yang penting hendaklah diterjemahkan sepenuhnya dalam kegiatan harian supaya mereka tidak merasa terpinggir dan diabaikan. Kegagalan membina keyakinan diri akan melahirkan generasi belia yang terlibat dalam kegiatan negatif seperti anti-establishment, bersikap berkecuali dalam politik negara dan tiada bersemangat enterprising.
Persoalannya, adakah pengiktirafan dan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan kepada golongan ini masih tidak memadai? Sekiranya diimbas kembali kepada penubuhan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKKPB) yang dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, ia sebenarnya telah dianggotai oleh 12 Kementerian yang masing-masing memainkan peranan dalam pembangunan belia.
Jadi, di mana silapnya program-program pembangunan belia ini? Adakah ia tidak sampai kepada golongan sasaran sebenar? Atau promosi mahupun publisiti tidak dilakasanakan secara berkesan.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....