Kerajaan Perak memperkenalkan tiga program baru bagi menjana ekonomi golongan belia di negeri berkenaan, tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, berkata program pertama yang diwujudkan ialah skim pinjaman mikro-kredit Aman Jaya yang membabitkan peruntukan RM1 juta.
Selain itu, program kluster ekonomi keluarga turut diperkenalkan bagi membolehkan anak meneruskan perniagaan keluarga.
“Program ketiga yang diperkenalkan untuk menjana ekonomi belia tahun ialah usahawan tani di bawah seliaan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri (SADC) yang membabitkan tempoh latihan selama 12 bulan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin berkaitan usaha dilaksanakan kerajaan bagi membantu golongan belia menjana pendapatan.
Sumber : Perak Today
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng
dana pelaburan Rp15 bilion
-
Jabatan Siasatan Jenayah (Bareskrim) Polis Republik Indonesia (Polri) telah
menahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) eFishery, Gibran Huzaifah.
Pihak ...


0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....