Nuffnang

PANAS! VIDEO ANAK MUDA KELANTAN TOLAK PAS DEPAN HUSAM



Video ini diambil ketika sesi penerangan oleh Husam mengenai strategi memenangi hati anak muda di Kelantan. Dan ketika sesi soal jawab, bangkit 2 anak muda yang meluahkan isi hati dan luahan sebenar kekecewaan mereka terhadap perjuangan PR dan kepimpinan PAS yang selama ini berdolak-dalik dalam memperbaiki nasib golongan muda. 





Kena dengar betul-betul dan dengar sampai habis!!!!

Pembongkaran yang dibongkarkan sendiri oleh blogger PR hari ini. Terbukti sememangnya rakyat Kelantan khususnya orang muda telah bosan dan jelak dengan kepimpinan PAS yang tidak melakukan apa-apa perubahan dari dulu. Mereka hanya memikirkan isu-isu yang remeh tanpa mempedulikan nasib anak muda di Kelantan.



BB : Dah lama dah!!!!

read more...

PERLU BACA : TUN MAHATHIR ULAS BAI'AH SESAMA MANUSIA


Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan langkah Pas yang mahu mewajibkan calonnya, yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, mengambil sumpah bai'ah atas alasan ia seolah-olah menunjukkan ahli-ahlinya tunduk kepada pemimpin mereka.



Bekas Perdana Menteri berkata, manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH dan bukan kepada sesama manusia.

Beliau yang juga bekas Presiden Umno memberitahu bahawa pemimpin-pemimpin Pas juga merupakan manusia biasa, bukannya Nabi atau raja.

"Dia orang (pemimpin Pas) hanya manusia biasa. Bukan Nabi, bukan raja. Tak perlu bai'ah ini," katanya pada sidang media selepas memberi syarahan perdana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setiap calon yang bertanding dalam pilihan raya wajib berbai'ah sebagai satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah.

Katanya, tujuan bai'ah dilakukan bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya.

Abdul Hadi berkata lagi, sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat."

Selain itu, Mahathir berkata, bai'ah yang dibuat oleh Pas bertujuan untuk mengongkong pemikiran ahlinya agar tidak menerima pendapat yang berlainan daripada matlamat parti itu.

"Bai'ah ialah kita bersumpah setia pada pemimpin. Mereka manusia dan buat salah. Malah banyak pemimpin Pas yang buat salah dari segi agama," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai dasar Pas yang dilihat menyeleweng daripada matlamat asal untuk menubuhkan Negara Islam, Mahathir berkata, parti itu sanggup membuat apa sahaja sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP.

Katanya, Pas lebih rela bekerjasama dengan DAP berbanding Umno.

"Dulu kita dah pernah buat (bergabung) dengan masukkan Pas dalam (Barisan Nasional) BN. Tapi dia (Pas) bukan perjuangkan BN tetapi cuma kembangkan pengaruh dia sahaja. Jadi tidak ada keikhlasan mereka untuk bekerjasama. Sebab itu kita berpisah.

"Sehingga kini mereka tak nak bekerjasama dengan Umno tetapi lebih suka dengan DAP sehingga gugurkan (konsep) Negara Islam, Itulah Pas," katanya lagi.


Jangan lepaskan peluang untuk bersama Tun Mahathir esok secara live...... JOM KITA JUMPA TUN MAHATHIR 24 FEBRUARI INI


read more...

RAHSIA DI SEBALIK KAABAH

Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.




Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.


Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.


Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”

Berikut dikongsikan beberapa fakta penting mengenai Kaabah:

1.  Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4.  Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


BB :  Ya Allah permudahkan urusanku untuk ke sana. Amin
read more...

SUMPAH BAI'AH YANG ORANG MUDA PERLU TAHU

Kepimpinan dalam Islam yang disebut sebagai imam merupakan suatu amanah yang amat besar dan perlu dilaksanakan secara berhemah.Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud “Imam (Khalifah) itu adalah pemelihara dan dia bertanggungjawab di atas apa yang dipeliharanya (rakyatnya)…..” (Riwayat Bukhari dan Muslim).






Islam juga menjelaskan bahawa “Imam itu adalah perisai, yang mana dibelakangnya umat berperang.” (Riwayat Muslim). Hadis-hadis ini dan yang senada dengannya telah menjelaskan tentang tanggungjawab pemimpin terhadap rakyatnya.

Dalam satu peristiwa, Rasulullah pernah menasihati Abdul Rahman bin Samarah RA. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud “Wahai Abdul Rahman! Janganlah kau meminta jawatan kepimpinan. Sesungguhnya jika kau diberi jawatan itu atas permintaan, nescaya kau akan dibiarkan dengannya. Jika kau diberi jawatan pemimpin bukan atas permintaan, kau akan dibantu untuk melakukannya. Jika kau bersumpah dengan satu sumpah, lalu kau lihat yang lain lebih baik, maka datangilah yang lebih baik dan kaffarahlah ke atas sumpah kau.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memberi baiah kepada pemimpin negara. Dalam Islam Bai`ah bermaksud berjanji untuk taat kepada pemimpin. Bai`ah sememangnya wujud dalam amalan Islam. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud “Bahawasanya mereka yang memberi bai`ah kepada kamu, sesungguhnya mereka memberi bai`ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar (bai`ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai`ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar.” (Surah Al-Fath, ayat 10)

Sikap setia dan patuh yang tidak berbelah bagi perlu diamalkan, sama ada dalam perkara yang disukai atau tidak, susah atau senang, selagi ketaatan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran agama dan peraturan yang mendasari dasar sesebuah negara.

Berkaitan dengan perkara tersersebut, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud “Diwajibkan ke atas orang Islam itu dengar dan taat (kepada pemimpin) dalam perkara yang disukainya dan dalam perkara yang dibencinya, kecuali ia diperintah melakukan maksiat.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sejarah Islam telah menceritakan bagaimana sebelum berhijrah ke Yathrib, baginda Rasulullah SAW telah dikunjungi oleh penduduk Yathrib sebanyak dua kali dan kedua-duanya melibatkan ikrar taat mereka yang disebut sebagai bai’ah. Bai’ah al-Aqabah yang pertama dikenali sebagai Bai’at-an Nisa’.

Bai’ah ini lebih menjuruskan kepada persetujuan dan janji untuk menjaga dan mempertahankan keamanan di Yathrib. Seramai 12 orang penduduk Yathrib yang terdiri dari 10 orang suku kaum Khazraj dan 2 orang suku kaum Aus terlibat dengan ikrar ini didepan Rasulullah SAW. Mereka berjanji untuk tidak menyekutukan Allah, tidak mencuri, tidak membunuh anak, tidak berbohong, tidak memfitnah dan lain-lain.

Bai’ah Aqabah kedua yang diadakan pada tahun 13 selepas kerasulan Nabi disebut sebagai Bai’at-al-Haub yang mana penduduk Yathrib berjanji dan berikrar akan melindungi dan mempertahankan Nabi serta umat Islam sepertimana mereka melindungi keluarga mereka sendiri.

Sementara bai’ah khas terhadap Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Thaqifah Bani Saadah berlaku selepas kewafatan Rasulullah. Kewafatan Rasulullah SAW pada bulan Rabiulawal tahun 11 Hijrah amat dirasai oleh umat Islam dan mereka merasakan betapa besarnya musibah yang sedang menimpa mereka. Walau bagaimanapun Sayidina Abu Bakar terus keluar dan berkata kepada umat Islam di dalam kata-katanya yang masyhur “ Wahai manusia sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah mati dan sesiapa yang menyembah Allah “ .

Seterusnya beliau membaca firman Allah s.w.t yang bermaksud “Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). Lalu umat Islam kembali kepada kewarasan mereka yang asal dan melihat siapakah yang bakal mengganti Nabi SAW dengan menuju ke serambi Bani Saadah bagi memilih Abu Bakar as-Siddiq RA sebagai Khalifah. Bai’ah ini di namakan sebagai Bai’ah Khas.

Bai’ah am bagi pelantikan Abu Bakar As-Siddiq r.a menjadi khalifah di masjid Nabi s.a.w: Adapun bai’ah umum berlaku ketika umat Islam berhimpun di Masjid Nabawi di Madinah. Sayidina Umar bin al-Khattab RA bangun serta menggesa orang ramai agar melakukan bai’ah terhadap Abu Bakar as-Siddiq atas kedudukan Abu Bakar salah seorang yang paling hampir dengan Baginda Rasulullah SAW dan merupakan salah seorang pelopor dari kalangan para sahabat dan amat erat dengan Rasulullah SAW.

Lantaran itu umat Islam menyokong cadangan Umar mereka telah melakukan bai’ah terhadap Abu Bakar sebagai khalifah dan bermula dari masa dan ketika itulah Saidina Abu Bakar As-Siddiq secara rasmi menjadi Khalifah bagi umat islam yang pertama.

Sebenarnya, bai`ah diamalkan dalam pelbagai bentuk dalam kumpulan masyarakat Islam. Ia bukan hanya diamalkan oleh oleh kumpulan berorientasi politik tetapi juga amalan biasa dalam perkumpulan sufi. Isu bai`ah ini amat relevan dalam usaha menangkis ideologi pelampau kerana ia adalah satu amalan yang juga digunapakai oleh kumpulan tersebut.

Amalan bai’ah pada asalnya bukanlah suatu yang melampau didalam agama, namun ia seringkali disalah gunakan oleh mereka yang mengaku atas nama Islam untuk melemahkan psikologi para pengikut dalam menjaga ketaatan mereka kepada organisasi.

Bai`ah dalam Islam boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu Bai`ah Kubra (besar) . Bai`ah seperti ini biasanya dilafazkan kepada pemimpin negara Islam yang dilantik secara sah. Sementara Bai’ah yang kedua dikenali sebagai Bai`ah Sughra (kecil) iaitu bai`ah untuk bersepakat dan berjanji bersama-sama melakukan sesuatu kewajiban atau amalan.

Bai`ah Sughra ini diharuskan berdasarkan hadis yang bermaksud “Berkata Maimunah binte Raqiqah ‘Aku mendatangi Rasulullah SAW bersama kaum wanita. Kami membai`ahnya atas Islam. Lalu kami berkata ‘Wahai Rasulullah! Kami membai`ah kamu untuk tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, kami tidak akan mencuri, kami tidak akan berzina, kami tidak akan membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan mendatangi cerita bohong yang kami reka di antara dua tangan dan kaki kami, kami tidak akan melakukan maksiat terhadap kau dalam perkara yang makruf’ Berkata Rasulullah s.a.w, ‘Pada kadar yang kamu mampu dan berupaya’.....” ( Hadis Riwayat Imam Malik dan At-Termizi)

Hukum Bai`ah Sughra adalah sunat sahaja sebagai menguatkan azam untuk melakukan kebaikan secara bersama dan menghayati sunnah Nabi SAW. Namun bagi mereka yang telah memberi Bai`ah Sughra, wajiblah ke atasnya untuk memenuhi janji yang dibuat dalam bai`ah itu selama mana ia tidak bercanggah dengan syara’ dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas. Hal ini adalah kerana Allah taala berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Tunaikanlah janji-janji kamu.” ( Surah Al-Maidah, ayat 1)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Orang-orang Islam (diikat) bersama syarat-syarat mereka kecuali syarat-syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.” (Riwayat At-Termizi, Ibn Majah & Abu Daud. Melanggar janji sedemikian bukan atas alasan yang syar`ii adalah berdosa. Oleh yang demikian, wajiblah bagi sesiapa yang ingin memberi bai`ah dalam apa jua perkara memberi pertimbangan yang berat terhadapnya dan tidak melakukannya secara mudah sahaja.

Begitu pula, sekiranya sebuah bai’ah itu diberi kepada sesuatu perkumpulan Islam asalnya,namun pengikut kumpulan tersebut merasakan tidak mampu kekal di dalam bai’ah berlaku ketidakselarian syara’.

Namun tidak boleh sesiapa pun mewajibkan orang lain untuk mengikut jejaknya dalam memberi bai`ah dan menyalahkan orang lain yang tidak melakukannya dengan tuduhan bahawa matinya akan seperti mati jahiliyah.

Adapun orang yang telah memberi bai`ah kemudian melanggar bai`ahnya secara tidak syar`ii, walaupun dia berdosa kerana melanggar janji tetapi tidak dikatakan sebagai terkeluar dari agama dan masuk ke neraka. Dia tidak pula dituduh sebagai telah keluar dari jemaah kaum Muslimin. Seseorang yang meninggalkan bai`ah yang mengandungi lafaz sumpah (wallahi, billahi, tallahi) hendaklah ia melakukan kaffarah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud “Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kafarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak.

Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kafaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kafarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).”


BB : Fikir masak-masak. Bai'ah bukan untuk dipermain-mainkan
read more...

MALAYSIA CONTOHI NEW ZEALAND DEKATKAN BELIA DENGAN SAINS

Malaysia bakal menjalinkan kerjasama dengan New Zealand bagi menarik minat golongan belia terhadap bidang sains dan teknologi.

Penasihat Sains kepada Perdana Menteri, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid berkata, kerjasama itu bakal direalisasikan tidak lama lagi memandangkan Malaysia sudah merangka usaha sama dalam bidang tersebut.

Sebagai permulaan, katanya, kerajaan telah mengadakan perbincangan mengenai kerjasama sains dan teknologi dengan delegasi New Zealand bagi memperkukuhkan kerjasama santifik di antara kedua-dua negara.

"Kita akui minat golongan belia terhadap bidang sains dan teknologi di negara ini semakin merosot seperti yang didedahkan baru-baru ini, justeru dengan adanya kerjasama seumpama ini kerayaan yakin akan dapat mengatasi masalah tersebut.

"Adalah penting memupuk hubungan dengan komuniti sains antarabangsa bagi memastikan negara mendapat akses yang terbaik kepada pemikiran saintifik terkini selain kebaikan yang dihasilkan melalui perkembangan sains dan teknologi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan delegasi New Zealand di sini, hari ini.

Pada perbincangan tersebut, New Zealand diketuai oleh Penasihat Sainsnya, Sir Peter Gluckman.





Zakri yang juga Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) berkata, kerjasama saintifik tanpa sempadan di antara Malaysia dan New Zealand berpotensi membuka ruang baru menjana hubungan inovasi dan komersial untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat.

Selain itu, katanya, perbincangan turut memfokuskan kepada perkongsian kemahiran dalam bidang sains dan teknologi serta minat untuk mempertingkatkan pembangunan mampan selain peranannya dalam perancangan negara.

Sehubungan itu, beliau merasakan hubungan strategik dengan New Zealand perlu dijalin secara lebih agresif pada masa akan datang bagi memberi manfaat kepada kedua-dua buah negara.

BB : Perancangan yang baik perlu disambut dengn usaha yang berterusan.
read more...

BERITA BAIK BUAT BLOGGER !!!!

PUTRAJAYA, 22 FEB : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mencapai persetujuan untuk membenarkan wartawan mengundi secara pos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata terdapat peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan pengamal media menggunakan undi pos.

"Kami akan memaklumkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC), mengenai ketetapan pada pertemuan 6 Mac nanti.

"Ini satu langkah yang positif," katanya kepada pemberita selepas membincangkan isu pilihan raya di sini hari ini.

Sebentar tadi pun baru saja Buletin Utama membuat liputan perihal perkara ini. Akan tetapi, adakah "wartawan" atau "pengamal media" itu merangkumi golongan penulis-penulis maya atau blogger ini? Kalau YA, terima kasih banyak-banyak la SPR. Banyak ringan bebanan kami bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia. Namun, apa pula kriterianya? Tambahan pula bagi blogger setahun jagung dan tak dikenali seperti belia bangkit ni!





Kalau TIDAK! Mengapa???? Adakah kami tidak diiktiraf kerana menulis tanpa "tuan"? Wartawan didefinasikan sebagai orang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah;
wartawan bebas pula membawa maksud wartawan yang bebas menulis untuk sebarang akhbar (majalah).

Bidang kewartawanan ini juga menuntut kita melaksanakan tugas dan amanah secara penuh beretika dan beradab. Apatah lagi dalam keadaan landskap politik dan asas hubungan antara kaum di negara ini yang boleh sahaja dieksploitasi ke arah yang tidak positif dan meresahkan. Semua ini memerlukan 'asas nilai dan etika kewartawanan' yang tinggi.

Hari ini, 'kuasa pena' sudah bertukar menjadi 'gabungan kuasa jari-jemari dan jalur lebar' yang luar biasa pantas. Nilai berita tidak lagi berumur sehari atau 24 jam. Malahan, tempoh masa 2-3 jam juga sudah menjadi 'berita yang basi'.

Sebagai wartawan, baik yang bekerja di media cetak, media elektronik, portal berita mahupun blog, kepantasan menjadi 'angkubah' yang sangat penting. Dan yang juga penting, ia perlu didasari sama oleh 'nilai kebenaran' dan realisasi menyeluruh (total realisation) mengenai 'asas berita' yang mahu disampaikan.

Benar, mungkin tidak ada salahnya untuk fraterniti kewartawanan dan media menjadi 'kritis' - namun ia juga mesti diasaskan dengan etika kewartawanan yang betul. Garis halus antara 'nilai berita yang benar' dan 'nilai berita yang mencipta sensasi' akan banyak bergantung kepada adab kewartawanan yang diguna pakai.

Perangkaan terbaru menunjukkan hari ini, 60 peratus isi rumah Malaysia mempunyai akaun Internet yang memberi mereka akses kepada sumber maklumat yang tidak terbatas. Dalam pencarian maklumat, rakyat tidak lagi bergantung kepada sumber dalaman, tetapi juga luaran.

Selain mempunyai akses kepada dua juta pengendali blog, 76 akhbar harian dan mingguan, 151 saluran televisyen dan 53 stesen radio di dalam negara, mereka juga boleh melayari laman-laman blog antarabangsa, Facebook, YouTube dengan menggunakan enjin carian seperti Yahoo dan Google.




Mengambil kira landskap media yang banyak berubah dengan kehadiran teknologi baru yang telah melahirkan dunia siber, peranan wartawan dalam membantu membina negara yang bersatu padu, makmur dan menjanjikan masa depan yang gemilang, tentulah menjadi amat mustahak dan mencabar.

Perubahan itu membuatkan tugas wartawan pada zaman ini menjadi lebih kompleks. Kelahiran apa yang dipanggil sebagai kewartawanan warga atau citizen journalism, merumitkan lagi keadaan.

Saya menelah kemungkinan, bahawa suatu hari nanti - istilah mainstream dan alternative media ini akan menjadi dikotomi yang tidak lagi relevan - dalam konteks penerimaan 'rakyat' terhadap nilai berita.

Malahan, trend dan suasana kebelakangan ini mainstream sudah bersedia menjadi lebih pantas dan terkini - sesuai dengan tuntutan masa dan keadaan.


Harap-harap pengumuman pada 6 Mac nanti akan memberikan khabar gembira kepada golongan penulis maya. Sama-sama kita nantikan.

BB : Perlu difikirkan juga pengundi-pengundi luar negeri yang mendaftar di Semenanjung tetapi bermastautin atau bekerja di Sabah, Sarawak atau pun Labuan.
read more...

DIKEMASKINI : KARNIVAL MESRA BELIA FELDA 1MALAYSIA

Kebelakangan ini program-program berbentuk santai dan hiburan (politainment) lebih banyak dilaksanakan di merata kawasan.  Dan apabila kita memperkatakan program untuk orang muda, sudah semestinya program berbentuk santai ini menjadi pilihan atau keutamaan kepada belia khususnya untuk membuka ruang kepada mereka dalam mengetengahkan kehendak mereka sendiri.




Sehubungan itu, KBS dengan Rakan Kongsi utamanya iaitu Astro, menjalinkan kerjasama untuk menganjurkan Astro Fiesta Mesra Belia 1Felda 1Malaysia di sepuluh gugusan Felda bagi mendekati orang muda khususnya dalam mengurangkan jurang hubungan di antara masyarakat Felda dengan agensi kerajaan dan swasta.




SASARAN

1. Golongan belia seluruh Negara khususnya Golongan Belia di Felda yang berumur 15 – 40 tahun.
2. Pemimpin-pemimpin setempat
3. Penglibatan daripada persatuan-persatuan, NGO’s, badan kerajaan dan badan bukan kerajaan/ swasta.


LOKASI PELAKSANAAN






TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM

  • Program ini akan dilaksanakan selama 2 hari. Bagi negeri yang bercuti pada hari ahad maka program ini akan dilaksanakan pada hari Sabtu dan Ahad, sementara negeri yang bercuti pada hari Jumaat maka program ini akan dilaksanakan pada hari Jumaat dan Sabtu.
  • Program akan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 malam. Pada sebelah siang akan dilaksanakan aktiviti berbentuk sukan, rekreasi dan pameran. Sementara pada sebelah malam akan diadakan program wayang pacak dan persembahan kebudayaan.

PENGISIAN PROGRAM

Antara program – program yang akan dilaksanakan adalah :

1. Pameran Agensi Kerajaan
2. Pameran dan Jualan Syarikat Swasta (Rakan Acara)
3. Aktiviti Sukan
4. Autoshow
5. Aktiviti Kebudayaan dan Kesenian
6. Konsert Artis-artis Tempatan


Nantikan pelaksanaannya di tempat anda....

Maklumat mengenai program ini akan dikemaskini dari masa ke semasa

Pertanyaan boleh merujuk kepada sekretariat di talian 016-2517788 (En. Hasnata)


BB : Apa lagi orang Felda?  Peluang untuk serlahkan potensi anda.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top