Nuffnang

PERGH!!! DATO LEE CHONG WEI SAMBAR FERRARI F430

HEBAT...MEMANG HEBAT. Gua tak heran kalau pemain badminton nombor satu Malaysia ni beli Ferrari F430.. Sebabnya, dia memang mampu dan ada duit hasil usaha keras dia selama ni..





Sebelum ni anak kelahiran Bukit Mertajam, Penang tu pakai kereta Skyline GTR. Sekarang ni dia dah upgrade sikit pakai Ferarri yang berharga RM1.6juta..

Sapa sangka.., hanya dengan main Badminton je mampu pakai Ferarri beb... Inilah yang dinamakan rezeki ada dimana-mana.., asalkan pandai usaha..

Mungkin satu hari nanti, ada jugak dikalangan blogger yang mampu pakai Ferrari hasil dari penulisan dorang.. Mungkin Gomo.., Parpukari.., Dr MiM atau Pisau.net mampu pakai F430 tu lepas ni..






"Bagi gua.., gua tak nak Ferrari.., kalau gua dapat pakai Inspira R3 pun dah syukur Alhamdulillah.. Sekarang ni cuma mampu simpan gambar je lahh.. ." Media Permatang Pauh


BB : GUA tabik kepada Blogger-bloger di atas termasuk MPP ni. Kalau di buat filem or telemovie "Kisah Benar", pasti meletup. Pelakon utamanya sape ek?
read more...

PAK NIL SEBAGAI SENATOR??

Aznil yang kini sudah menamatkan kerjaya sebagai penyampai radio Era, melihat tanggungjawab ini bukan sahaja untuk golongan seni semasa malah untuk mereka pada masa akan datang.





"Kita ada kurang dari 8 tahun untuk tujuan itu supaya dunia hiburan dapat berdiri sama tinggi dengan bidang lain. Saya sudah melibatkan diri sebagai penggiat seni sejak dari zaman analog (pengurusan secara tradisional, kecil-kecilan dan hardcopy) sehinggalah di zaman digital (serba serbi secara IT) ini amat merasakan kita tidak seharusnya hanyut dalam dunia permodenan. Saya menjadi saksi dan penggiat aktif dalam perubahan infrastrukur pembangunan.

"Jadi kepandaian akademik, pengalaman jatuh bangun dan keupayaan membuat unjuran perniagaan ini di masa akan datang harus digandingkan dalam menyuarakan perjuangan di peringkat yang didengari. Ya, saya bersedia," katanya bersemangat.

Pada Aznil, seseorang Senator yang mewakili golongan seni di Dewan Negara seharusnya memainkan peranan sebagai perwakilan rakyat dan menteri dunia hiburan. Dia seharusnya berupaya mewakili golongan seni, pertama untuk bercakap mengenai sejarah - kerana hanya mereka yang tahu asal usul bidangnya yang akan memahami situasi semasa.


Menurutnya, dengan mengetahui sejarah, sektor yang diwakili itu juga memperlihatkan tindakannya lebih realistik dalam menyuarakan setiap tuntutan. Pengetahuan latarbelakangnya juga memungkinkan seseorang itu membuat analisa yang lebih mendalam. Beliau juga akan dilihat sebagai seorang yang memahami perjuangan golongan yang sebelumnya. Senator yang mewakili golongan seni turut harus sekurang-kurangnya memahami sejarah pembangunan dunia seni hiburan negara maju lain sebagai perbandingan.

"Ini penting untuk melihat akan kesesuaian dasar mereka yang boleh digunapakai oleh negara kita. Tiada guna jika kita menjadi perwakilan di Dewan Negara jika kita sendiri tidak tahu dari mana kita bermula dan suara kita dilihat sebagai suara kosong. Jadi di sinilah peranan 'kementerian hiburan' itu memainkan peranannya sebagai penyimpan data dan sejarah jatuh bangun dunia hiburan.






"Kedua, bercakap mengenai masa kini - seseorang Senator yang mewakili dunia hiburan seharusnya seorang yang peka kepada perubahan dan perkembangan dalam dunia hiburan tempatan dan luar negara. Dia seharusnya tidak terperuk dengan kaedah lama yang sudah 'tamat tempoh' tetapi seharusnya lebih terkini.

"Fungsi Senator harus mampu bercakap dan bertindak mengikut formula dan acuan masa kini dan tidak dilihat sebagai terkebelakang. Untuk lebih relevan, fungsi Senator itu juga harus menjadi ejen perubahan kepada industri yang diwakilinya. ‘Mind set’ penggiat seni juga harus diubah dan melalui revolusi untuk bergerak sepantas perubahan IT.


"Tidak segan pada perubahan IT menjadikan beliau sebagai seorang yang kebal diuji arus permodenan. Kita harus didedahkan, dipersiap dan diberi peluang untuk bersaing di peringkat global pada masa kini. Fungsi mewakili masyarakat seni masa kini bukan sahaja dari segi IT tetapi juga dari segi modal insan," katanya. - Yahoo! Malaysia
read more...

PARLIMEN BELIA PLATFORM TERBAIK UNTUK ORANG MUDA

KUCHING - Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan persidangan percubaan bagi menguji pelaksanaan Parlimen Belia pada April ini, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata persidangan itu akan melibatkan pemimpin belia yang dipilih dari setiap kawasan Parlimen.






"(Melalui persidangan percubaan) ini kita hendak memperhalusi lagi (Parlimen Belia ini) dari segi perintah tetap, dari segi konsep, apakah bidang yang mereka buat, apakah bentuk jawatankuasa Parlimen dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bersama Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Sarawak di sini hari ini.

Menteri Pembangunan Sosial Sarawak Tan Sri William Mawan dan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Peter Pang turut hadir pada mesyuarat itu.
    
Penubuhan Parlimen Belia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan sejuta belia di Putrajaya tahun lepas, bertujuan memberi peluang kepada golongan belia bersuara atau menyampaikan pendapat mereka mengenai sesuatu perkara mengikut saluran yang betul.

Ahmad Shabery berkata hasil yang diperoleh daripada persidangan percubaan itu nanti akan turut dijadikan asas sebelum pelaksanaan Parlimen Belia yang dijangka hujung tahun ini.

Mengenai sambutan Hari Belia tahun ini, beliau berkata kementerian telah menetapkan sasaran untuk mengumpul dua juta orang belia dari seluruh negara di Putrajaya  untuk sambutan yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei.

"Kita akan bekerjasama rapat lagi dengan kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dalam usaha untuk membawa lebih ramai lagi para belia dari kedua-dua negeri untuk sama-sama menyertai sambutan ini," katanya.- Bernama
read more...

VIDEO : SHABERY CHEEK SERTAI PERARAKAN TERBESAR MAULIDUR RASUL DI KEMAMAN

Ya Nabi Salam 'Alaika, Ya Rasul Salam 'Alaika. Ya Habibi Salam 'Alaik.



Syabas orang Terengganu, Syabas orang Kemaman.
read more...

AWAS PASANGAN KEKASIH, ANDA DIPERHATIKAN

DUNGUN - Seorang remaja yang dipercayai menyamar sebagai penguat kuasa agama yang memukul dan mengarahkan sepasang kekasih berbogel untuk dirakamkan aksi mereka ketika mangsa memadu asmara di Pantai Sura Hujung, di sini, berjaya ditahan.



 
Manakala dua lagi rakan suspek masih diburu. Selain bertindak memukul dan merakam gambar bogel mangsa, suspek berumur 18 hingga 20-an itu turut mengugut pasangan kekasih itu supaya membayar sebanyak RM2,000 sekiranya tidak mahu gambar bogel mereka disebarkan dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, pasangan kekasih berumur 20-an yang berada di dalam kereta didatangi tiga lelaki berkenaan.

Pasangan terbabit yang cemas kemudiannya membiarkan ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki keretanya dan suspek dikatakan turut memukul serta memaksa pasangan itu menanggalkan pakaian.

Kedua-dua mangsa juga turut mengikut arahan suspek yang merakam gambar bogel mereka dengan telefon bimbitnya. Selepas merakamkan aksi bogel terbabit, suspek kemudiannya meminta wang tunai sebanyak RM2,000 dimasukkan ke dalam akaunnya bagi mengelak gambar mereka disebar kepada umum.

Mangsa bagaimanapun mendakwa tidak mempunyai wang memandangkan waktu itu bank telah tutup dan selepas berbincang, suspek bersetuju dengan cadangan mangsa yang meminta diberi sedikit masa untuk menjelaskan wang itu pada keesokan harinya.

Suspek kemudiannya melepaskan pasangan terbabit sebelum kedua-dua mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan.

Keesokan harinya mangsa menghubungi suspek untuk bertemu di lokasi di mana mereka ditahan dan ketika tiba di tempat kejadian, kira-kira pukul 9 malam, suspek diserbu polis dan berlaku pergelutan dalam usaha suspek meloloskan diri.

Suspek yang berusia 18 tahun itu berjaya ditahan sebelum dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut manakala dua rakannya itu berjaya melarikan diri.

Turut dirampas sebilah parang panjang daripada suspek dan gerakan memburu dua lagi suspek sedang giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan segelintir mereka yang cuba mengambil kesempatan termasuk menyamar sebagai penjawat awam. - Bernama
read more...

MUTAKHIR : Cuepacs mahu tarikh kuat kuasa SBPA dikekalkan pada 1 Jan dan dibayar tunggakan

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Jan lepas, dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.





Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Jan tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.
"Jadi permintaan Cuepacs ialah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.

"Ia juga adalah satu perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yakin lima tuntutan Cuepacs dapat diterima selepas pembentangan kertas cadangannya kepada pasukan petugas khas semakan semula SBPA pada mesyuarat ketiganya yang dijadualkan Rabu ini.

Lima tuntutan Cuepacs itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar berkata satu perhimpunan besar membabitkan penjawat awam dari semua gred akan diadakan pada akhir bulan depan bagi memberi penerangan secara terperinci mengenai intipati SBPA.

Terdahulu beliau bersama anggota Kelab Umno Pesara (Kumpulan Pelaksana) kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) mengunjungi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini. --BERNAMA

BB : Rakyat Memperjuangkan Yang Hak
read more...

AMARAN!!! VIDEO INI HANYA UNTUK ORANG MUDA



Hanya untuk orang muda...... tapi bagi mereka yang merasakan jiwanya muda, pun boleh layan video ini. Hanya di Putrajaya. Zashssss...........



Promo Hari Belia Negara 2012
23 - 27 Mei 2012
Hanya di Putrajaya
Hanya Untuk Orang Muda dan Mereka Yang Berjiwa Muda

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top