Nuffnang

GAMBAR-GAMBAR KEKALAHAN MANCHESTER UNITED 1-6 KEPADA MANCHESTER CITY

GAMBAR-GAMBAR KEKALAHAN MANCHESTER UNITED 1-6 KEPADA MANCHESTER CITY

Layari http://www.goal.com/en/news/1717/editorial/2011/10/23/2724857/in-pictures-how-manchester-city-humiliated-united-6-1-on-an
read more...

MARCO SIMONCELLI DEATH AT 2011 SEPANG MOTOGP

TERKINI
MotoGP batal akibat kematian Simoncelli
23/10/2011 6:49pm

SEPANG — Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini hari ini.

Simoncelli berusia 24 tahun.

Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.

Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Dr. Michele Macchiagodena mengumumkan kematian Simoncelli pada sidang media di Litar SIC.

Katanya, pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu, yang mengalami kecederaan di bahagian toraks dan perut, meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan.

Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha, Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.

Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.

Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan. — Bernama
read more...

STATUS MAYC : KENYATAAN MEDIA DATO SRI AHMAD SHABERY CHEEK

KENYATAAN MEDIA
MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
BERKAITAN ISU MAYC
22 OKTOBER 2011
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Malaysia, hari ini mengesahkan bahawa beliau telah menerima rayuan yang telah dikemukakan  oleh saudara Mustaffa bin Mat Arof, berhubung Mesyuarat Agung Tahunan MAYC yang telah diadakan pada 26 September 2010. 

Menterinya, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, pada menjalankan  tugas yang diberikan oleh Seksyen 30(2) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668), beliau dengan ini MENERIMA RAYUAN DAN MENGESAHKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC PADA 26 SEPTEMBER 2010. 

Menurutnya, pihak yang terbabit perlu melaksanakan beberapa perkara yang mana jika mereka gagal mematuhi syarat yang dikenakan itu, pendaftaran MAYC boleh dibatalkan.
 
“Jawatankuasa MAYC Kebangsaan Sesi 2010/2012 yang dipilih pada 26 September 2010 hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC bagi pemilihan jawatankuasa baru sesi 2012/2014 pada Mac 2012.
 
“Mesyuarat Agung Tahunan tersebut hendaklah mematuhi peruntukan Perlembagaan MAYC dengan mengambil kira semangat penyatuan MAYC daripada semua peringkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Surat tersebut telah ditandatangani oleh Shabery pada 11 Oktober 2011.
 
Shabery berkata, keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada surat berhubung keputusan rayuan ke atas keputusan Panel Penyelesaian Pertikaian dan Pendaftar Pertubuhan Belia yang tidak mengesahkan Mesyurat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan pada 26 September 2010.
 
Menurutnya, beliau berharap, dengan keputusan itu, saudara Mustafa dan juga jawatankuasa yang terpilih pada mesyuarat Agong 26 September itu akan menganggapnya sebagai satu amanah besar yang perlu dilaksanakan sebaiknya.
 
“Ini satu amanah yang besar dan yang paling penting sekali ialah memastikan semua pihak dalam MAYC akan dapat bersatu dan bekerjasama dalam mengembalikan kegemilangan MAYC,” katanya.
read more...

HIMPUN : UPDATE


Untuk mengetahui perkembangan terkini, layari http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/
dibawakan khas oleh GAP
read more...

BELIA PALING RAMAI TERDEDAH KEMALANGAN

BELIA PALING RAMAI TERDEDAH KEMALANGAN
 
SHAH ALAM, 15 OKTOBER 2011 : Statistik  yang dikeluarkan Ibu pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan bahawa golongan belia adalah kumpulan yang paling ramai terdedah kepada kemalangan jalan raya.

Kemalangan yang melibatkan motosikal adalah sebanyak 56 peratus dan paling mendukacitakan 54.9 peratus daripadanya melibatkan golongan belia yang berumur 15 hingga 25 tahun. Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim, program hari ini dapat menyedarkan para belia supaya sentiasa berhati-hati dan mengikut apa sahaja panduan, peraturan dan undang-undang agar tidak terlibat dalam kemalangan.. Katanya lagi, etika-etika keselamatan perlu diikuti dengan sebaik mungkin agar dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Beliau turut berharap statistik yang dikeluarkan itu diambil perhatian dan para belia  dapat mengikuti peraturan dan mematuhi disiplin. Kementerian katanya, akan sentiasa menyokong mana-mana pihak berkaitan bagi menerapkan etika kepada penunggang motosikal.

Dato’ Razali juga menghargai usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak swasta bagi memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya tentang aspek keselamatan yang perlu dipatuhi bagi mengurangkan kadar kemalangan . Beliau berkata demikian ketika melancarkan model baharu Indian Motocycle di perkarangan Stadium Shah Alam di sini hari ini. Sebanyak tiga model keluaran terbaharu ini iaitu Vintage, Dark Horse dan Classic yang mula dijual dipasaran dengan harga dari RM 220,000 sebuah.

Katanya, inisiatif yang diambil oleh NAZA untuk mengadakan kempen keselamatan jalanraya khususnya membabitkan golongan belia pada hari ini disokong dan sentiasa dialu-alukan sebagai perkongsian tanggungjawab sosial kerajaan dan swasta.

“ Kementerian Belia dan Sukan (KBS)  akan sentiasa memberi sokongan kepada NAZA kerana telah banyak membantu dan sama-sama menjayakan banyak program anjuran KBS terutamanya yang melibatkan golongan belia seperti Himpunan Sejuta Belia”, katanya.

Butirannya di http://www.kbs.gov.my/index.php/bm/component/content/article/1-senarai-berita-kbs/1071-belia-paling-ramai-terdedah-kemalangan
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top