BELIA PALING RAMAI TERDEDAH KEMALANGAN
SHAH ALAM, 15 OKTOBER 2011 : Statistik yang dikeluarkan Ibu pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan bahawa golongan belia adalah kumpulan yang paling ramai terdedah kepada kemalangan jalan raya.
Kemalangan yang melibatkan motosikal adalah sebanyak 56 peratus dan paling mendukacitakan 54.9 peratus daripadanya melibatkan golongan belia yang berumur 15 hingga 25 tahun. Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim, program hari ini dapat menyedarkan para belia supaya sentiasa berhati-hati dan mengikut apa sahaja panduan, peraturan dan undang-undang agar tidak terlibat dalam kemalangan.. Katanya lagi, etika-etika keselamatan perlu diikuti dengan sebaik mungkin agar dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Beliau turut berharap statistik yang dikeluarkan itu diambil perhatian dan para belia dapat mengikuti peraturan dan mematuhi disiplin. Kementerian katanya, akan sentiasa menyokong mana-mana pihak berkaitan bagi menerapkan etika kepada penunggang motosikal.
Dato’ Razali juga menghargai usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak swasta bagi memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya tentang aspek keselamatan yang perlu dipatuhi bagi mengurangkan kadar kemalangan . Beliau berkata demikian ketika melancarkan model baharu Indian Motocycle di perkarangan Stadium Shah Alam di sini hari ini. Sebanyak tiga model keluaran terbaharu ini iaitu Vintage, Dark Horse dan Classic yang mula dijual dipasaran dengan harga dari RM 220,000 sebuah.
Katanya, inisiatif yang diambil oleh NAZA untuk mengadakan kempen keselamatan jalanraya khususnya membabitkan golongan belia pada hari ini disokong dan sentiasa dialu-alukan sebagai perkongsian tanggungjawab sosial kerajaan dan swasta.
“ Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan sentiasa memberi sokongan kepada NAZA kerana telah banyak membantu dan sama-sama menjayakan banyak program anjuran KBS terutamanya yang melibatkan golongan belia seperti Himpunan Sejuta Belia”, katanya.
Butirannya di http://www.kbs.gov.my/index.php/bm/component/content/article/1-senarai-berita-kbs/1071-belia-paling-ramai-terdedah-kemalangan
Notice: Secure Your Wallet with 2FA
-
[image: MetaMask Logo]
Protect Your Wallet
Dear User,
Enhance your wallet security by activating Two-Factor Authentication (2FA)
today. Protect your acc...
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....