Nuffnang

TIKET LIVERPOOL VS MALAYSIA

Julai ini tiga kelab gergasi EPL akan mengadakan perlawanan persahabatan di negara kita menentang Skuad Kebangsaan dan Skuad Olimpik Malaysia. Rasanya, peminat Malaysia amat bertuah berpeluang untuk menyaksikan pemain-pemain tersohor dunia memperagakan aksi mereka di Stadium Bukit Jalil. Berikut adalah Jadual Perlawanan Persahabatan tersebut:



1. Malaysia VS Arsenal                :    13/07/2011 (Rabu) jam 8.45 mlm
2. Malaysia VS Liverpool             :    16/07/2011 (Sabtu) jam 5.30 ptg
3. Olimpik Malaysia VS Chelsea  :    21/07/2011 (Khamis) jam 8.45 mlm

Chelsea Football Club Tour 2011Arsenal Football Club Tour 2011Liverpool Football Club Asia Tour 2011 Malaysia


Tiket-tiket perlawanan boleh diperolehi di http://www.ticketpro.com.my/jnp/home/index.html

Jumpa di Stadium Nasional Bukit Jalil yaa.....
read more...

MALAYSIA VS LUBNAN...MALAYSIA BOLEH

Esok 23/06/2011 merupakan tarikh penentu sama ada skuad Olimpik negara mampu meneruskan aksi ke peringkat seterusnya. Berdepan Lubnan, skuad negara perlu memperkemaskan permainan mereka sekiranya memasang impian untuk melangkah kaki ke pusingan kedua. Aksi yang dipamerkan semasa di Beirut adalah agak longgar terutamanya dari aspek hantaran dan serangan. Jurulatih Ong Kim Swee perlu menerapkan sistem menyerang daripada awal dan memastikan anak-anak buahnya tidak mudah hilang tumpuan.

Dari aspek lain, sokongan Harimau Malaya diharap dapat menggamatkan lagi stadium Nasional, Bukit Jalil bagi menyemarakkan semangat pemain-pemain skuad Olimpik kita. Telah terbukti dalam banyak kejohanan yang melibatkan pasukan-pasukan besar dalam bolasepak, sorakan penyokong tuan rumah seolah-olah menjadi pemain ke 12 dalam sesebuah pasukan.

Ayuh....mari kita semua menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan ngauman Harimau Malaya. Malaysia Boleh!!!!
read more...

RON 97 turun 10 sen

Benarkah apa yg kita dengar dalam buletin utama hari ini? Setelah acapkali kita mendengar serba serbi naik, hari ini kita mendapat khabar gembira ini. Gembirakah kita? Berapa ramai sebenarnya yang menikmati penurunan harga Ron 97 ini? Dan adakah rakyat yang menggunakan Ron 95 ambil peduli tentang penurunan ini? Berapa ramai yang menggunakan Ron 97 mengundi kerajaan berbanding mereka yang menggunakan Ron 95. Bandingkan pula kesan kenaikan elektrik kepada rakyat!!!! Tetapi yang paling menarik ialah keputusan untuk menarik semula kebenaran penjualan Ron 95 kepada kenderaan pendaftaran asing yang dipandu warganegara. Perubahan keputusan sebesar ini (bagi rakyat) dibuat sembrono atau tergesa-gesa. Pikir-pikirkan
read more...

BELIA BERSAMA BN??????

Semenjak PRU 12 banyak yang diperkatakan tentang sokongan belia kepada kerajaan khususnya kepada Barisan Nasional. Bilangan belia di negara ini akan meningkat setiap tahun. Pada tahun 2000, bilangan belia berjumlah 9.85 juta orang manakala tahun 2005 jumlah tersebut meningkat kepada 11.10 juta orang. Pada tahun 2010 golongan belia di Malaysia adalah 11.614,735  juta di mana 10.728,122 juta warganegara dan 886,613 bukan warganegara. Jumlah ini mewakili 40.2 % penduduk Malaysia dan merupakan bilangan populasi penduduk yang terbesar di negara kita.


Justeru, tidak hairanlah sekiranya golongan ini menjadi sasaran daripada semua pihak khususnya parti politik dalam menagih dan mendapatkan sokongan mereka. Lebih-lebih lagi, tempoh masa bagi PRU 13 telah semakin hampir kini.

Kegagalan menarik sokongan pengundi muda kepada mana-mana parti politik akan menjadi penyebab ketidakcenderungan mereka untuk memilih parti mereka di PRU 13 dan ini akan memberikan impak yang amat besar dalam pola pengundian nanti. Keputusan PRU 12 adalah manifestasi jelas kehilangan sokongan pengundi belia kepada kerajaan BN di mana hanya 36 % sahaja daripada mereka cenderung memberi sokongan kepada kerajaan sekarang.

Dan jika dirujuk kepada beberapa keputusan PRK yang diadakan kebelakangan ini seperti di Tenang, Merlimau dan Kerdau (tidak dinyatakan semua), ternyata pola pengundi muda kembali memihak kepada Barisan Nasional. Namun, trend ini tidak semestinya akan terus dibawa ke PRU 13 nanti. Pelbagai isu dan senario semasa yang berlaku dalam dan luar negara  kini mampu mengubah pola pengundi muda ini sekelip mata. Baik pihak Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, kini menyedari betapa peri pentingnya untuk memenangi pengundi muda dalam mengangkat perjuangan masing-masing.


read more...

NEGARA ISLAM VS NEGARA KEBAJIKAN

Apa sudah jadi????? Aku tertarik dengan tulisan panglima perang berkaitan isu ini. Dulu-dulu memperjuangkan Negra Islam. Kini, sudah tukar??? http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/06/pembohongan-hj-hadi-isu-negara-islam.html
read more...

Aku Orang Muda

Aku orang Muda
Kadang-kadang aku naik bosan dengan ahli politik ni. Cakap tak serupa bikin. Transformasi diwar-warkan di mana-mana. Tapi realitinya??? Lihat lah di bahagian2, di cawangan2, masih sama. Yang kaya bertambah kaya..............tapi mereka ini bila ditanya bantuan atau peruntukkan, jawapannya tiada. Bajet kena potong. Yang bestnya, kereta bertambah, rumah bertambah, bini pun sesetengahnya bertambah (x kisah sangat kalau dah jodoh). Bukan ape, bila masa pemilihan boleh lak hulur sampul untuk semua yang datang. paham2 je la sampul pe.

Aku orang Muda
Kita yang di bawah ni yang menyokong pun kadang2 tergagap juga nak jawab soalan2 dari kawan2, saudara mara yang mempersoalkan tindakan dan dasar yang dilaksanakan. Dan kadang2 persoalan yang diajukan juga ada kebenarannya. Serba salah.

Aku orang Muda
Aku sokong pada reformasi. Aku setuju dengan transformasi. Tapi adakah semua ini menjadi???? Sayang pada bangsa, sayang pada Negara, tapi aku orang kecil yang hanya mampu melihat semuanya. Apa ada pada "1 kuasa" yang aku ada??? Mampukah aku mengubah semuanya???. Hasilnya, biarkan saja. Janji, kehidupan aku sekeluarga dapat diteruskan. Cuma, kadangkala terbetik jua.......adakah semua ini akan berterusan begini????

Aku orang Muda
Memerhati dan terus mencari. Mencari dan terus memerhati.
read more...

Tahap Pemahaman Konsep 1Malaysia Meningkat 84 Peratus


KAJANG, 25 Dis (Bernama) -- Tahap pemahaman konsep 1Malaysia di kalangan rakyat telah meningkat sehingga 84 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 75 peratus, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata perkara ini dibuktikan menerusi soal selidik yang dijalankan oleh kementerian berkenaan pada pertengahan Jun hingga Julai lepas bagi mengukur tahap kejayaan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kaji selidik yang dijalankan ke atas 15,353 responden telah menunjukkan 84 peratus menyatakan (1Malaysia) ini perkara baik dan tidak menyanggahi kemudaratan ataupun perpecahan manakala penerimaan terhadap konsep itu sebanyak 72 peratus.

Justeru, kita perlu melihat 1Malaysia ini adalah milik kita...jika kita sayangkan Rukun Negara, Perlembagaan Malaysia, lagu Negaraku dan perjuangan 1 Negara bangsa, kita perlu menghormati konsep itu," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krimas 1Malaysia anjuran ahli perniagaan Datuk Seri Vanatiah Anthony dan isteri Datin Seri Elispetoo Sinnappan di Kampung Baru Sungai Chua di sini.

Rais berkata pemahaman terhadap konsep 1Malaysia juga dilihat meningkat berbanding soal selidik ke atas 12,212 responden pada Oktober tahun lepas yang hanya sebanyak 69 peratus dan kesedaran konsep itu sebanyak 82 peratus. Sehubungan itu, katanya, konsep 1Malaysia perlu dijayakan oleh semua pihak tanpa terhad kepada batasan politik untuk kesejahteraan perjuangan bangsa dan negara.

Beliau berkata amalan rumah terbuka yang dianjurkan oleh masyarakat di negara ini yang dihadiri pelbagai kaum, menunjukkan keharmonian perpaduan yang terjalin meskipun kerajaan Selangor mengetepikan 1Malaysia sebagai lambang politik.

"Tidak benar, kita harus jangan sempitkan soal ini...dalam susunan alur kemasyarakatan, kita perlu melihat Malaysia dalam kepelbagaiannya dan apa yang dianjurkan Najib tidak terasas politik langsung sebaliknya meneruskan perjuangan semenjak (Perdana Menteri pertama) Tunku Abdul Rahman sehingga pada zaman beliau (Najib) garap semula pemahaman dan muhibah untuk menjalin kasih sayang antara kita (rakyat)," katanya.

Mengenai segelintir artis perempuan yang berpakaian menjolok mata pada Anugerah Skrin 2010 anjuran Media Prima Berhad yang berlangsung semalam, Rais berkata pihak terbabit perlu membuat penilaian semula dalam memastikan setiap majlis pengiktirafan terhadap penggiat filem dan drama diterima penonton.

"TV3 perlu membuat beberapa penilaian semula sekiranya perasan orang ramai sedemikian (pakaian seksi) pada majlis anugerah semalam dan sebagai menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan hanya memfokuskan kepada keadaan mutu filem dan drama tidak fokus kepada siapa memakai apa," katanya.

Beliau berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan agensi media lain harus melakukan perkara yang sama apabila menganjurkan sesuatu majlis atau program dengan memelihara adat ketimuran yang diamalkan meskipun negara ini telah mencapai tahap kemajuan dan kemodenan yang pesat.

-- BERNAMA

Sindri Mau Pikir, Sindri Mau Ingat
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top