Nuffnang

BELIA BERSAMA BN??????

Semenjak PRU 12 banyak yang diperkatakan tentang sokongan belia kepada kerajaan khususnya kepada Barisan Nasional. Bilangan belia di negara ini akan meningkat setiap tahun. Pada tahun 2000, bilangan belia berjumlah 9.85 juta orang manakala tahun 2005 jumlah tersebut meningkat kepada 11.10 juta orang. Pada tahun 2010 golongan belia di Malaysia adalah 11.614,735  juta di mana 10.728,122 juta warganegara dan 886,613 bukan warganegara. Jumlah ini mewakili 40.2 % penduduk Malaysia dan merupakan bilangan populasi penduduk yang terbesar di negara kita.


Justeru, tidak hairanlah sekiranya golongan ini menjadi sasaran daripada semua pihak khususnya parti politik dalam menagih dan mendapatkan sokongan mereka. Lebih-lebih lagi, tempoh masa bagi PRU 13 telah semakin hampir kini.

Kegagalan menarik sokongan pengundi muda kepada mana-mana parti politik akan menjadi penyebab ketidakcenderungan mereka untuk memilih parti mereka di PRU 13 dan ini akan memberikan impak yang amat besar dalam pola pengundian nanti. Keputusan PRU 12 adalah manifestasi jelas kehilangan sokongan pengundi belia kepada kerajaan BN di mana hanya 36 % sahaja daripada mereka cenderung memberi sokongan kepada kerajaan sekarang.

Dan jika dirujuk kepada beberapa keputusan PRK yang diadakan kebelakangan ini seperti di Tenang, Merlimau dan Kerdau (tidak dinyatakan semua), ternyata pola pengundi muda kembali memihak kepada Barisan Nasional. Namun, trend ini tidak semestinya akan terus dibawa ke PRU 13 nanti. Pelbagai isu dan senario semasa yang berlaku dalam dan luar negara  kini mampu mengubah pola pengundi muda ini sekelip mata. Baik pihak Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, kini menyedari betapa peri pentingnya untuk memenangi pengundi muda dalam mengangkat perjuangan masing-masing.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top