Nuffnang

AUTA ATAU COVER? KP SPRM Akui Kesilapan Tertinggal "SPRM"


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkata Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam kenyataannya semalam tertinggal nama agensi itu berhubung penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kenyataan dikeluarkan pasukan petugas khas itu semalam, yang bertajuk 'Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan penahanan Datuk Seri Najib Razak', sepatutnya bertajuk 'Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan SPRM menahan Datuk Seri Najib Razak'.

Perkara itu dijelaskan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull hari ini.

"Tiada sebarang isu. Perkataan SPRM secara tidak sengaja tertinggal, itu sahaja," katanya kepada NSTP.

Majlis Peguam Malaysia semalam mempertikaikan tindakan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang mengumumkan penahanan bekas Perdana Menteri itu.

Presidennya, George Varughese mendakwa, pasukan terbabit tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menahan Ahli Parlimen Pekan terbabit berhubung isu SRC International Sdn Bhd.
Share this article

6 Komen:

  1. Tiada sebarang isu?
    Bodoh ke aper dia ni?
    Kalau kita ckp... `tak boleh` dalam suatu perjanjian..
    Tapi tertinggal `tak`.. perjanjian tu tader isu ker?
    Kalau yer pon-- kasi la alasan kredibel dan kukuh sikit..

    BalasPadam
  2. Kalau surat yg ringkas ni pun bole cuai, lagikan pula bende yg kompleks yg perlu ketelitian. Hancur....

    BalasPadam
  3. Bahlol rupanya

    BalasPadam
  4. kasik singkir jerk dia nie.. nampak ketidak telusannya SPRM bila ada KP macam nie..bende penting kot tue.. bos pon x baca ke..

    BalasPadam
  5. Press statement adalah kenyataan dari sebuah organasasi atau jabatan. Ianya perlu kelulusan Ketua. Bukan panjang pun sampai 10 muka surat. Ini pun boleh terlepas pandang hingga tertinggal dan dikatakan perkara kecil. Kenyataan ini ada legal implication yang boleh bagi advantage kepada OKT. So this guy is not fit to be the head.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top