Nuffnang

MELANGKAUI KUASA : Peguam Najib Pertikai Keesahan Pasukan Petugas Khas 1MDB!!!


Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengadu pasukan petugas khas 1MDB disifatkannya tidak sah kerana mengeluarkan kenyataan semalam bahawa Najib akan didakwa pada hari ini.

Shafee berkata hari ini beliau bersetuju dengan pandangan Presiden Badan Peguam George Varughese yang mempersoalkan mengenai keabsahan pasukan petugas 1MDB itu untuk mengeluarkan kenyataan mengenai penangkapan dan pendakwaan Najib hari ini.

"Pasukan petugas itu melangkaui kuasa peguam negara dengan mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan Najib yang ditangkap dan dituduh hari ini.

"Saya sangat terganggu olehnya kerana keputusan pasukan petugas itu mungkin menjadi penghakiman dalam peranan penyeliaannya. Adakah pasukan petugas yang disahkan oleh Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) atau kabinet yang sah di bawah undang-undang, jika bukan pasukan petugas itu boleh dianggap tidak sah di sisi undang-undang," katanya.

Di bawah pentadbiran Najib, Shafee berkata pasukan petugas itu disahkan oleh perdana menteri atau kabinet yang menjadikannya sah.

Dokumen Kepada Pembelaan

Peguam Najib juga mempersoalkan pasukan pendakwaan yang tidak memberi sebarang dokumen kepada pasukan pembelaan hari ini.

"Apa yang kita ada hanyalah helaian kertas pertuduhan. Saya bahkan tidak mempunyai notis peringatan atau nasihat lain untuk menyediakan kes ini.

"Untuk memikirkan bekas peguam negara, Datuk Seri Abdul Gani Patail berkata, mereka bersedia mendakwa Najib pada bulan Julai 2015, mereka pasti telah menyediakan dokumen itu dan sepatutnya memberikannya kepada kami sekarang," katanya.

AG tak serah dokumen kes? Unreasonable kata Tommy.

 "If you charge him today, it means you are ready! I can't imagine you will charge someone but the documents are not ready.


"Just photostat the documents and hand it over to us."  - Tan Sri Shafee Abdullah Ketua Peguam Bela DSN

Macam mana tuduhan makhamah dibuat tapi dokumen tidak lengkap. Tangan ghaib dibelakang. Harap cikgu2 bahasa melayu yg undi PH dapat buat kelas Tuisyen bahasa melayu Percuma untuk AG.
Share this article

3 Komen:

  1. Saya setuju ayat yg akhir sekali tu. Ramai guru2 yg kuat berpolitik dan menjadi penyokong kuat PH/DAP? Mereka menyalak siang dan malam tanpa jemu... Elok juga buat kelas tambahan untuk peguam negara? Kalau tidak mana mungkin dapat menasihati YDPA dengan efektif. Bahasa Melayu kadang2 mempunyai banyak maksud yg tersirat dan mendalam... bait2nya tesusun indah, tapi kini ada usaha untuk memusnahkannya dengan campuran bahasa2 asing... yakni bahasa immigrant?

    BalasPadam
  2. Memandangkan peguam negara tidak fasih berbahasa Melayu, rakyat cadangkan YDPA MEMECATNYA DENGAN KADAR SEGERA. MANA MUNGKIN SESEORANG YG TIDAK FASIH BERBAHASA MELAYU MAHU MENASIHATI YDPA? IANYA BENAR2 MEMALUKAN NEGARA LEBIH2 LAGI ENGAN NEGARA JIRAN INDONESIA YG MENGANGKAT BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI WALAUPUN PARA PEMERINTAH MEREKA MAJORITI ORANG2 JAWA!!!!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top