Nuffnang

SETUJU? Pelajar Terlibat Buli Dihantar Sertai Latihan Polis @ Tentera?


Pelajar yang terbabit dalam salah laku disiplin, khususnya membuli di sekolah akan dihantar menjalani latihan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon, berkata pelajar terbabit akan menjalani latihan berbentuk teori dan fizikal secara berterusan.

Katanya, pelajar yang memiliki kecenderungan terbabit dalam isu disiplin juga akan dihantar menjalani latihan sama sebagai usaha kementerian menangani gejala buli di sekolah.

“Kementerian melaksanakan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk menangani isu disiplin murid secara lebih berfokus, termasuk bersama ATM dan PDRM.

“Murid yang terbabit dalam salah laku disiplin akan diberikan latihan berbentuk teori dan fizikal secara berterusan dengan menggembling kepakaran serta kemahiran anggota tentera dan polis dalam pelaksanaan aktivitinya.

“Kita juga menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah, mewujudkan Pegawai Perhubungan Sekolah dengan kerjasama polis serta mengadakan permuafakatan bersama ibu bapa, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi menangani isu ini,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan mengenai pelan tindakan dirangka kementerian melalui NBOS bagi menyelesaikan isu buli fizikal dan psikologi di sekolah.

Terdahulu, beliau menjelaskan bukan semua 402 sekolah ‘hotspot’ memiliki masalah berkaitan disiplin, penyalahgunaan dadah dan jenayah.

“Ada yang kita senaraikan kerana berdasarkan maklumat polis, sekolah itu berada di kawasan yang berisiko tinggi berlaku jenayah.

“Penyenaraian itu membolehkan kementerian memberi lebih perhatian pada mereka,” katanya.

Menjawab soalan asal Mohd Zaim mengenai langkah berterusan kementerian membendung isu buli, Sin Woon berkata, guru bimbingan kaunseling di sekolah bertanggungjawab menjalankan beberapa ujian personaliti terhadap pelajar.

“Guru bimbingan kaunseling di sekolah menjalankan beberapa ujian personaliti seperti ujian personaliti TAJMA dan ujian personaliti Sidek bagi mengenal pasti murid yang memiliki personaliti cenderung kepada keganasan dan buli,” katanya.

Ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan mengenai langkah yang membolehkan ibu bapa kepada pelajar yang membuli diheret sama ke mahkamah, Sin Woon berkata perkara itu tidak termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

“Jika pembuli adalah pelajar berusia bawah 16 tahun dan melakukan sesuatu yang serius seperti membabitkan nyawa atau kecederaan serius, kes akan dirujuk polis, selain tindakan boleh diambil oleh mahkamah juvana,” katanya.

Share this article

3 Komen:

  1. Polisi yg kononnya NBOS akan menggalakkan ramai memilih utk hadi pembuli karena ganjaran masa deoan yg baik!!!

    BalasPadam
  2. Bagaimana pembuli masih belajar di sekokah rendah? Mau hantar ke latihan PDRM atau ATM. Dan ada pembuli dari kalsnfan pelajar perempuan? Bagaimana kalau pembuli menjadi pelbagai gang? Apa guru patut buat?

    BalasPadam
  3. Bior betul.

    Jangan terpengaruh SESETENGAH pembuli dan perompak dalam Polis dan Tentera udah ler.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top