Nuffnang

TIPU FAKTA : Syarikat Rokok Didenda Iklan RM1 Juta Sejam Di Amerika!!!


Bermula semalam, syarikat gergasi rokok di Amerika Syarikat mula mengambil ruang iklan muka surat penuh di akhbar harian sehingga Mac depan untuk membuat pengakuan yang merokok boleh menyebabkan maut, selepas arahan mahkamah.

Pada masa sama, syarikat rokok juga dipaksa membayar iklan televisyen yang akan dipaparkan setiap malam pada waktu puncak selama setahun.

Ia merupakan keputusan Mahkamah Persekutuan AS selepas kes yang sudah berusia 19 tahun yang dibawa Jabatan Kehakiman (DoJ).

Syarikat rokok Altria, RJ Reynolds, Lorrillard dan Philip Morris dijangka membelanjakan beratus juta dolar untuk mengiklan di 50 akhbar tempatan.

Kos mengiklan itu boleh mencecah AS$1 juta sejam atau AS$8.2 bilion setahun, dan akan turut dipaparkan di kedai runcit dan pusat hiburan dewasa.

Pada 2006, sebuah mahkamah mendapati syarikat tersebut tidak jujur dan menipu rakyat AS. Selepas proses litigasi yang berjalan selama 10 tahun, persetujuan dicapai mengenai bentuk dan format kenyataan pembetulan yang perlu dikeluarkan syarikat rokok.

Antara kenyataan yang akan diiklankan ialah:

“Lebih ramai terkorban setiap tahun akibat merokok daripada dibunuh AIDS, bunuh diri, dadah, kemalangan dan alkohol.”

“Apabila anda merokok, nikotin mengubah otak anda — sebab itu susah untuk berhenti merokok.”

Bagaimanapun, undang-undang tidak menghendaki syarikat rokok antarabangsa itu membuat kenyataan itu di luar AS.

Errr..... Adakah rokok di US itu lebih bahaya berbanding rokok-rokok yang dijual di negara lain termasuk Malaysia walaupun pengeluarnya adalah sama?

Dah perlu tindakan yang drastik diambil juga di Malaysia ni..... apa pandangan?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top