Nuffnang

Teliti Botol Berkualiti, Harga Terendah - Hamzah






SHAH ALAM: Penentuan harga botol minyak masak akan dimuktamadkan selepas kerajaan menerima semua maklum balas daripada pengilang. Faktor utama penentuan itu bersandarkan kualiti botol dan harga terendah yang ditawarkan mana-mana pembekal di negara ini.



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata langkah itu bagi memastikan rakyat berupaya membeli minyak masak dalam botol pada harga paling berpatutan. Komitmen kerajaan itu, katanya, selaras hasrat dalam menyalurkan subsidi kepada golongan sasar dan mengurangkan bebanan rakyat yang ketika ini berdepan peningkatan kos sara hidup.

“Biar saya umumkan bila semua sudah siap kerana pada waktu sama, kita masih buat kajian untuk tengok sama ada rakyat sanggup atau tidak membayar harga botol berkenaan. “Perlu diingatkan harga minyak masak yang ditawarkan di pasaran masih sama.

“Sehubungan itu, kita sedang terima maklum balas daripada pengilang sebelum mengumumkan harga minyak masak botol,” katanya kepada pemberita, sebentar tadi. Terdahulu, Hamzah menghadiri larian kebajikan anjuran Persatuan Rangkaian Peruncit Malaysia (MRCA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Selain dana RM100,000 yang dikumpulkan sempena program dihadiri kira-kira 2,500 peserta, beliau turut menyalurkan sumbangan peribadi RM50,000 untuk lapan pertubuhan dan persatuan kebajikan di seluruh negara.

Ia merangkumi Persatuan Kebajikan Rumah Victory Malaysia, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Mata Air Kehidupan Selangor, Persatuan Orang Kurang Upaya Bangsa Ria dan Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal Malaysia.

Selain itu, turut menerima sumbangan adalah Children’s Wish Society Malaysia, Kelab Kiwanis Kluang Mandarin, PDK Selayang serta Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Yatim dan Miskin Wawasan Port Dickson. BH
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top