Nuffnang

FAMA Jual Minyak Masak Harga Murah - Badaruddin Amin

Sekadar Hiasan
SELAYANG: Susulan krisis kekurangan minyak masak dalam pasaran, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengambil inisiatif bagi menstabilkan bekalan minyak masak dalam botol.

Menerusi inisiatif berkenaan, Fama mendapatkan bekalan minyak masak dalam botol terus daripada pembekal untuk dijual kepada pengguna di bawah harga pasaran.

Pengerusi Fama, Tan Sri Badaruddin Amiruldin berkata, sebagai permulaan Fama berjaya menjual minyak masak jenama Saji pada harga RM20 dalam botol 5 kilogram.

Harga pasaran bahan itu adalah RM20.65 sebotol.

“Langkah ini bertujuan untuk menolong dan menampung kekurangan minyak masak kepada pengguna.

“Kita mempunyai hampir 3,000 rangkaian peruncitan di seluruh negara termasuk karnival bergerak My Best Buy, Pasar Tani dan Agro Bazar. Jadi kita boleh bantu kerajaan agar bekalan minyak masak sentiasa ada…malah kita jual lebih murah daripada harga pasaran,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program My Best Buy – Jualan Terus Dari Ladang di Bangunan Fama Point di sini.

Walau bagaimanapun Badaruddin berkata inisiatif berkenaan hanya akan diperluaskan sekiranya mendapat kebenaran daripada kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Kalau kerajaan benarkan kita akan bantu dari segi pemasaran bagi mengatasi masalah minyak masak disembunyikan.
“Namun langkah ini hanya sementara, kita laksanakan ketika berlakunya krisis dan apabila rakyat sukar dapatkan bekalan,” katanya.-MS.
Share this article

2 Komen:

  1. KIHKIHKIHKIH............Tipah tertipuuuuuuu
    Ingatkan FAMA jual minyak masak balik dengan rega
    rm13.35, rupanya cuma KURANG 65 sen!!!!!!!
    Tak payahlah.
    Buang karan saja.

    BalasPadam
  2. Bagi orang yg kurang berduit, 65 sen tu besar maknanya. Kalau 10 kali beli dah rm6.50.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top