Nuffnang

MUKA TAK MALU : Lepas Hina, Pembangkang Desak Majlis Raja-Raja!!!


SIKAP pembangkang yang gila kuasa bukan lagi rahsia. Mereka bukan setakat gila kuasa malahan sanggup menggunakan bermacam-macam cara “kotor” dalam cubaan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang dipilih oleh rakyat.
Baru-baru ini Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan berkata Majlis Raja-Raja boleh menyatakan hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-242 dijangka mendapat perhatian susulan pemilihan Yang di-Pertuan Agong yang baru. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242 di Istana Negara di sini. Mesyuarat selama tiga hari itu dihadiri semua Raja Melayu dengan diiringi Menteri Besar masing-masing.


Gesaan Mahfuz Omar supaya Majlis Raja-Raja campur tangan dalam mendesak perdana menteri berundur jelas menunjukkan bahawa beliau ‘gila kuasa’. Pihak yang tidak berpuas hati dengan perdana menteri sepatutnya menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong telah menyatakan yang baginda enggan campur tangan mengenai urusan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Baginda bertitah sedemikian apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu (baginda) di Alor Setar.

Majlis Raja-Raja pun tidak akan campur tangan kerana Majlis Raja-raja tahu bagaimana undang-undang dan perlembagaan berfungsi. Malaysia merupakan negara raja berperlembagaan. Kita tetap patuh pada perlembagaan yang ada.

Tindakan pembangkang yang berterusan menganggu pentadbiran negara dengan serangan, asakan, desakan, fitnah dan sebagainya hanya mengundang bencana kepada negara. Musuh-musuh negara akan mengambil kesempatan ini untuk melukut di tepi gantang.

Namun perkara ini tidak pernah dipertimbangkan oleh pembangkang yang berterusan membuat kerosakan di dalam dan di luar negara. Manusia jadi hilang maruah apabila mereka “gila kuasa”
Share this article

2 Komen:

  1. Rakyat perlu bersatu pertahankan kerajaan mcm di Turkey tu, kerana pakatan tidak dapat menandingi UMNO/BN dalam memberikan komitmen yg baik terhadap rakyat. Pakatan mempamirkan sikap yg arogan dan mementingkan diri serta tidak komitted terhadap keperluan rakyat.

    BalasPadam
  2. Mereka ni bukan sahaja kemaruk kuasa malah...mereka ni nak kenyangkan tembolok mereka walau selama ini mereka ni hidup dalam istana...tapi sayang istana yang mereka duduk tu rupanya istana kaca...tak..tahan... Ribut dan badai....kerana istana tu terbina dari titik peluh yang tidak diberkati Allah...fahamkan

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top