Nuffnang

MEMALUKAN!!! Nazri Kritik Tun Mahathir!!!


Siapa tidak kenal Nazri Aziz? Kelantangan beliau mempertahankan kerajaan dan dalam masa yang sama menghentam individu-individu yang menyerang pemimipin kerajaan adalah tidak asing lagi. Datuk Seri Nazri Aziz sekali lagi mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan berkata menyingkirkan perdana menteri dengan Deklarasi Rakyat sebagai tindakan yang tidak cerdik.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata sekiranya Dr Mahathir seorang yang cerdik, beliau tidak akan melakukan “kerja gila” seperti mengumpul sejuta tanda tangan untuk menyingkir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Semua tindakan beliau memalukan. Tak logik dan tak lagi masuk akal,” katanya kepada pemberita di acara pelancongan Asean Celebrity Explore Quest Malaysia di sini hari ini.

Nazri ditanya mengenai pengakuan Dr Mahathir yang gagal menyakinkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenaan Deklarasi Rakyat dalam pertemuan baru-baru ini.

Kempen Deklarasi Rakyat dilancarkan Dr Mahathir bersama 40 individu lain pada Mac lepas, menyeru rakyat supaya menyertai usaha menyingkirkan Najib secara aman.

Ahli Parlimen Padang Rengas menegaskan Najib tidak akan tersingkir selagi beliau mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

“Sekiranya Najib hilang sokongan, Agong boleh melantik perdana menteri baharu,” katanya.

Mengulas isu lain, Nazri, yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan mendakwa tindak-tanduk pemimpin Gerakan Baju Merah Datuk Jamal Yunos tidak menjejaskan Umno sama sekali.

Jamal, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, dikritik kerana mengoyak dan pam surat tuntutan maaf yang dihantar oleh peguam Maria Chin Abdullah ke dalam tandas.

Surat tuntutan daripada Pengerusi Bersih 2.0 itu merupakan respon kepada tuduhan Jamal yang mendakwa gabungan reformasi pilihan raya itu diresapi IS.

Nazri berkata “mustahil” tindakan seseorang boleh menggambarkan Umno yang mempunyai tiga juta ahli.

“Dia tidak mewakili pemikiran Umno.” - SUMBER
Share this article

2 Komen:

  1. Sebagai individu aku sokong tindakan Jamal. Setelah sekian lama negara dihuru harakan oleh Maria Chin dan sekutu2nya. Dia masih bebas buat sesuka hati dia sahaja, tanpa consider bahawa majoriti rakyat bencikan tindakannya. Kalau di zaman Mahadir PM, Maria ni dah lama merengkok dalam penjara Kemunting tanpa bicara lagi. Dan kalau di zaman feudal Eropah dulu dah lama kena gilotin agaknya. Tapi dia tak pernah bersyukur, sebaliknya teruskan agenda yg dibenci rakyat majoriti.

    BalasPadam
  2. Patut nya maria chin tu dipamkan melubang tandas bukan surat dia.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top