Jarang-jarang berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
Bekas perdana menteri pernah memecat Anwar pada 1998, ketika itu timbalannya, diiringi oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Langkah itu dilihat sebagai sokongan moral terhadap Anwar kerana kedua-dua pemimpin itu kini senada menentang akta itu dan menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Anwar, yang juga bekas ketua pembangkang, memohon pengisytiharan bahawa Akta MKN bertentangan dengan perlembagaan.
Mahathir setakat ini enggan mengulas kehadirannya di mahkamah itu hari ini.
Mereka malah bertegur sapa dan bersalaman dalam mahkamah ketika tiada sidang, sambil diperhatikan oleh anggota polis dan hadirin yang hadir.
Tangan kiri Anwar juga kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir.
Pertemuan hari ini dipercayai yang pertama dirakam sejak pemecatan Anwar pada 18 tahun lalu.
Apa yang dijangka oleh TG Haji Abdul Hadi dan TG Harun Din Al-Hafiz pada tahun 2002 dahulu, kini dizahirkan Allah Taala sebagai bukti mata.
Jangkaan bahawa Anwar dan Mahathir akan bersatu dan bekerjasama walaupun ditolak oleh pentaksub-pentaksub Mahathir pada 1998 dahulu, kini dizahirkan oleh Allah Taala.
Jadi, pentaksub-pentaksub Mahathir yang kelihatan begitu membenci Anwar Ibrahim sebelum ini, sebenarnya sekadar untuk menutup cerita dan kecenderungan mereka kepada Anwar Ibrahim semata-mata.
Beratus ribu orang berarak di jalanraya menentang Mahathir, beratus ribu yang lain, membolehkan DAP berkuasa. Akhirnya yang sah dan nyata ialah, Mahathir dan Anwar Ibrahim tidak boleh dipisahkan!!!
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....