Steady lah Dato' Seri. Kita tengok ada tak anak jantan dari UMNO yang selalu mempersoalkan kepimpinan Dato Seri untuk menyahut cabaran ini. Jangan sekadar berlakon dan mempersalahkan orang lain sahaja.
“Kalau tidak setuju dengan saya sebagai presiden, lawanlah saya, tidak mengapa. Lawan ikut Perlembagaan parti, tetapi jangan sesekali mengkhianati parti dengan cara menubuhkan parti baharu,” kata Najib dipetik Utusan Malaysia ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno di Kudat, Sabah semalam.
Najib dipercayai merujuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bakal dipimpin bekas timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas diluluskan pendaftaran nanti.
Bersatu yang dinaungi seteru paling lantang Najib, Tun Dr Mahathir Mohamad, turut dianggotai beberapa bekas pemimpin tertinggi Umno yang sebelum ini dipecat daripada parti kerana mengkritik Najib dalam isu 1MDB.
Najib berkata mencabarnya sebagai presiden tidak sama dengan melawan Umno sebagai parti.
“Sebab itulah kita pantang undur dalam perjuangan. Ini bukan lagi soal kuasa sahaja, ini adalah maruah diri kita sebagai anggota parti, maka ahli perlu bangkit menentang.”
Sementara itu, beliau turut menepis kritikan terhadap program tunai di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“BR1M bukan dedak seperti yang didakwa sesetengah pihak,” katanya merujuk istilah yang kerap digunakan Dr Mahathir.
Sebaliknya, Najib berkata program itu turut dipersetujui 35 pakar ekonomi Britain kerana berkesan membantu rakyat miskin.
Najib dipercayai merujuk surat daripada 35 ahli ekonomi Britain diterbitkan The Guardian awal bulan ini, yang menyeru kerajaannya mengambil langkah tertentu termasuk pemberian tunai secara langsung berikutan pengunduran negara itu daripada Kesatuan Eropah. - SUMBER
Kah..kah..kah..engkau dah tendang keluar semua orang yg berani dan berpotensi untuk lawan engkau dari Umno kemudian boleh pulak cabar diaorang bertanding dlm pemilihan agung umno.
BalasPadamKalau tidak setuju dengan saya sebagai presiden, lawanlah saya, tidak mengapa. Lawan ikut Perlembagaan parti, tetapi jangan sesekali mengkhianati parti dengan cara menubuhkan parti baharu,” kata Najib dipetik Utusan Malaysia ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno di Kudat, Sabah semalam.
BalasPadamhahaha....ni lawak pecah panggung.....lepas pecat 3M yang boleh bertanding, tiba tiba panglima bugis bersuara....hahahhaa
2x5 ...tun m dulu pun cantas org yg komen dn gugat dia. Dah lupa agaknya apa yg dia buat dulu... Melayu mudah lupa..
BalasPadam