Nuffnang

ZALIM KE ATAS ANAK : Tidak Layak Digelar Ibu Dan Bapa - MAZA


KUALA LUMPUR – Ibu atau bapa yang menzalimi anak-anak termasuk memukul atau menyeksa mereka dengan cara salah tidak layak memikul gelaran ibu atau bapa.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin berkata, ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan belas kasihan kerana ia dituntut oleh Islam.

Menurutnya, ibu bapa yang menengking anak bukan pada tempat atau memaki anak dengan bahasa buruk dan jelik bukan pendidik yang layak mendapat doa anak-anak mereka.

“Mereka inilah yang merosakkan masa depan dan kehalusan budi serta akhlak anak-anak. Hubungan asal anak dan ibu bapa yang berasaskan cinta dan rahmat bertukar menjadi dosa dan kebencian.

“Maka tidak hairan jika ibu bapa yang cuai itu dilupai oleh anak mereka apabila dewasa nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Asri menjelaskan, perbuatan anak-anak melupakan ibu bapa tidak baik, tetapi kehilangan rahmat ibu bapa punca perkara itu terjadi.

“Apabila melihat Nabi S.A.W mencium cucu baginda Al-Hasan Ali, Al-Aqra’ Habis berkata bahawa dia mempunyai sepuluh orang anak,

“Tiada seorang pun dia pernah cium. Nabi S.A.W berkata kepadanya: “Sesungguhnya sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi”,” kata Mohd. Asri. - SUMBER
Share this article

2 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top