Nuffnang

#BANGLOMURAH : SPRM Siasat Guan Eng Pagi Tadi


BANGI, Jumaat – Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Guan Eng hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk memberi keterangan berhubung pembelian banglonya di Jalan Pinhorn tahun lalu.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilaporkan tiba di pejabat SPRM pada jam 9.30 pagi tadi ditemani penasihat undang-undangnya, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh dan R.S.N. Rayer.

Turut dilihat hadir di luar pejabat SPRM, beberapa ahli Parlimen DAP termasuk anggota Exco kerajaan negeri Lim Hock Seng.

Semalam, Pengarah bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, Lim dan isterinya, Betty Chew telah dipanggil untuk diambil keterangan berkaitan pembelian banglo kontroversi yang dibeli dengan harga RM2.8 juta.

Sebelum ini, banglo milik Lim menjadi isu kontroversi selepas ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya memberitahu Dewan Rakyat bahawa ia telah dijual di bawah nilai pasaran semasa.

Beliau mendakwa, banglo 10.161 kaki persegi itu dibeli Lim pada Oktober tahun lalu dengan nilai RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran tanah itu sepatutnya antara RM6 juta atau RM6.5 juta. - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top