Nuffnang

FITNAH : MAZA Padam Posting Selepas Teruk Dihentam Netizen!!!


Astaghfirullah al azim.... Fitnah di kota suci? Mufti oh Mufti..... Mufti Perlis, Dr. Maza dikecam hebat hari ini apabila kenyataan beliau yang berbaur fitnah terhadap sebuah Institusi Agama mendapat kritikan hebat nitizen. Rata-rata pengguna Facebook menyatakan kekesalan apabila Dr Maza menggunakan kedudukan beliau sebagai seorang Mufti untuk mengeluarkan kenyataan berat sebelah tanpa merujuk pihak yang terlibat terlebih dahulu.


Lebih menghangatkan keadaan apabila nitizen terus mengecam kenyataan berbaur fitnah tersebut yang ditulis di Kota Mekah. Ianya menjadi persoalan di media sosial bagaimana seorang yang memegang jawatan sebagai Mufti sanggup menulis kenyataan tersebut di Kota Suci Mekah.


Setelah mendapat kecaman di media sosial, Dr. Maza akhirnya menarik balik kenyataan tersebut dengan memadam komen pengguna facebook yang mendapat sokongan hangat nitizen diikuti dengan memadam keseluruhan “post” tersebut dari “timeline” facebook beliau beberapa jam selepas “post” tersebut dikeluarkan.


Walaubagaimanapun, sehingga kini tiada kenyataan permohonan maaf dikeluar oleh Dr. Maza atas kenyataan beliau yang berbaur fitnah itu. Ada pengguna Facebook yang menyifatkan tindakan Dr Maza ini telah menghina kedudukan beliau sebagai Mufti serta mencemarkan Institusi Mufti itu sendiri.


Ada juga yang meminta agar Dr Maza bertaubat akan perbuatan beliau itu. Semoga kejadian sebegini menjadi iktibar buat semua pihak dan bersama-sama kita menghayati semangat Tabayyun iaitu sikap untuk memeriksa atau memastikan kebenaran sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan.

Share this article

2 Komen:

  1. kalau benar dah buat fitnah...mintak maaf je la tuan mufti. itu lebih baik. jangan ego.

    BalasPadam
  2. mana fitnahnya.. aduii.. knp blog ni makin lama makin terserlah kebangangannya ni..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top