Nuffnang

AZMIN SEMAKIN TERTEKAN : Hanya 11% Akan Mengundi Kerananya


Rumusan atau keputusan satu kaji selidik yang dibuat bagaimanapun tidak diumumkan kepada media dan orang awam tetapi diketahui kepemimpinan utama PKR, dakwa Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Kaji selidik itu mendapati hanya 11% pengundi di Selangor akan mengundi kerana faktor Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Ia didakwa dilakukan Institut Darul Ehsan (IDE) baru-baru ini, dengan mengambil 1,500 pengundi di Selangor sebagai sampel.

Menerusi blognya, chegubard.blogspot.my, dia yang digantung keahlian PKR berkata, undian yang diperoleh Azmin itu berbeza dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada tahun pertama dan kedua sebagai Menteri Besar Selangor.

“Walaupun berjuta digunakan untuk menaikkan imej Menteri Besar malangnya imej populariti Menteri Besar termengah-mengah hanya bermain pada angka 11%.

“Ingat ketika tahun pertama dan kedua Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar, popularitinya bermain pada angka 60% tahun pertama dan kedua dan berikutnya turun sedikit.

“Ini fenomena biasa mana -mana ahli politik tahun pertama pasti tinggi dan tahun berikutnya akan turun sedikit. Malangnya, Azmin memulakan tahun pertama pemerintahannya dengan hanya 11% popularitinya sahaja,” tulisnya.

Katanya, pola pengundian rakyat Selangor dipengaruhi oleh hampir 65 % akan mengundi kerana kelemahan dan kepincangan Barisan Nasional dan 45 % akan mengundi kerana faktor kezaliman terhadap Anwar Ibrahim dan ketokohannya.

“Kepada wakil rakyat khususnya PKR Selangor, walaupun pelbagai cara Azmin dan kuncunya lakukan untuk menutup populariti Anwar tetapi pengaruh Anwar tetap besar dalam kalangan pengundi Selangor,” kata Chegubard. - SUMBER
Share this article

1 Komen:

  1. apa beza azmin anwar pkr dan umno? mrk sumua dr punca yg sama..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top