Nuffnang

SYABAS!!! MARA Digital Cecah Jualan RM1.7 Juta Dalam Sebulan!


Wow! Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut penulis. Jualan di Mara Digital mencecah RM1.7 juta dalam tempoh sebulan beroperasi sejak dibuka 8 Disember lepas, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mara Digital, yang terletak di Menara Mara Kuala Lumpur, kini menempatkan 38 usahawan bumiputera yang menawarkan perkhidmatan komunikasi dan teknologi maklumat (ICT), katanya.

Mara Digital turut melibatkan penyertaan lima syarikat telekomunikasi iaitu Maxis, Celcom, DiGi, Umobile dan Red One serta dua perkhidmatan penyedia rangkaian internet iaitu P1Wimax dan Fiber@Home.

“Mara Digital berjaya meletakkan harga produk mengikut pasaran setaraf dengan pasar raya-pasar raya yang terkenal dengan penjualan produk ICT,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Ismail Sabri menegaskan bahawa Mara Digital merupakan salah satu daripada transformasi yang digariskan kementeriannya iaitu mewujudkan Techno-Hub Usahawan Belia Yang Berpendapatan Tinggi.

“Dalam konteks membangunkan lebih ramai usahawan ICT di bawah model holistik pembangunan keusahawanan melalui pusat ini (Mara Digital), Mara bertindak untuk mewujudkan pemborong, penyewa penampat, platform pemasaran, latihan keusahawanan dan kemudahan pembiayaan,” katanya.

Ismail Sabri berkata dua buah Mara Digital akan dibuka iaitu di Anggerik Mall, Shah Alam dan di Damansara menjelang Jun tahun ini, dan Terengganu juga bakal memiliki Mara Digital tidak lama lagi. – BERNAMA

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top