Nuffnang

TOL NAIK : Sivarasa "Sindir" Azmin Ali Tak Buat Kerja?


Kah...Kah...Kah.... Pandai betul Sivarasa main wayang. Nak melepaskan diri atas janji yang telah dicanang semasa piluhanraya, sekarang Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata beliau tidak setuju dengan kenaikan tol yang turut melibatkan lebuh raya SPRINT dan menegaskan ia tidak pernah dirujuk kepada ahli lembaga pengarah syarikat konsesi berkenaan.

Katanya, beliau banyak menerima soalan di media sosial yang bertanya sama ada beliau menyokong kenaikan tol selaku Ahli Lembaga SPRINT Sdn Bhd.


“Persoalan sokongan saya sebagai ahli lembaga pengarah untuk kenaikan tol tidak timbul langsung. Isu kenaikan tol tidak pernah dirujuk kepada lembaga pengarah untuk dibincang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pengurusan SPRINT melaksanakan kenaikan tol berdasarkan satu surat daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang diterima seminggu lalu.

Surat itu antaranya memaklumkan bahawa kerajaan Persekutuan tidak akan membayar pampasan dan SPRINT boleh menaikkan kadar tol selaras dengan kadar yang tertera dalam surat berkenaan. Surat itu juga menyatakan syarikat konsesi tersebut bertanggungjawab untuk mengumumkan kadar kenaikan tol.

“Ekoran surat itu, kenaikan tol diumumkan oleh syarikat. Perkara itu tidak dirujuk sebelum itu kepada lembaga pengarah melalui pekeliling atau mesyuarat.

“Saya tidak setuju dengan kenaikan tol yang telah diumumkan. Memandangkan keadaan ekonomi sekarang, ini bukan masa yang sesuai untuk menambahkan beban atas rakyat Selangor dan Malaysia dengan kenaikan kadar tol ditambah kenaikan harga barang yang berterusan dan juga GST.

“Pendirian saya, saya anggap, adalah selaras dengan pendirian Kerajaan Selangor Pakatan yang dipimpin oleh Menteri Besar Azmin Ali,” ujarnya.

Justeru, katanya, beliau akan menulis kepada Pengerusi syarikat SPRINT, Ir Yusuff Daud untuk memanggil satu mesyuarat khas lembaga pengarah bagi mengkaji semula perkara ini.

“Saya telah juga melaporkan perkara ini kepada Menteri Besar, Azmin Ali dan akan melaksanakan apa-apa arahan lanjut daripada beliau,” ujarnya.

Sivarasa dilantik anggota lembaga pengarah SPRINT pada Januari 2015 sebagai wakil Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) yang merupakan pemilik 20 peratus saham SPRINT. Manakala kumpulan Gamuda memiliki baki 80 peratus saham.

BBNews - takut hilang pengundi Subang ker YB Sivarasa? Atau nak sedarkan MB yang sedang tidur?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top