
"Krisis politik dan kegawatan ekonomi yang melanda negara hari ini mendorong rakyat dan pemimpin berfikir betapa perlunya mengambil langkah berani dan membuat anjakan dalam pendirian untuk menyertai gerakan yang menerajui perubahan.
"Kecelaruan kepimpinan telah menyebabkan ramai pemimpin Umno dan parti komponen BN hilang kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan," katanya ketika sidang media berlangsung pada hari ini.
Saifuddin sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno. Beliau juga merupakan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Menurut Wan Azizah lagi, kehadiran Saifuddin akan memberi kelebihan kepada parti kerana beliau mempunyai jaringan yang kuat dengan NGO.
"Kami berasa gembira mengalukan penyertaan Saifuddin ke dalam keluarga besar kami. Penyertaan beliau sudah tentu akan memperkukuhkan usaha kami untuk menggembleng perpaduan dan kekuatan rakyat demi perubahan dan pembaharuan.
"Saya juga yakin beliau akan dapat memainkan peranan strategik dalam Pakatan Harapan untuk memastikan gabungan baharu ini menumpukan kepada gagasan idea baharu untuk ditawarkan kepada rakyat," katanya lagi.
Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) sebelum ini turut menimbulkan kontroversi apabila menghadiri mesyuarat meja bulat yang diadakan PKR untuk membincangkan penubuhan Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, Perdana Menteri DS Najib Razak telah didesak untuk memecat Saifuddin yang dilihat lebih banyak merosakkan UMNO daripada membantu memperkuatkan parti itu.
BBNews : Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan..... Penyertaan Saifuddin ini mengesahkan status PKR sebagai parti kecewa ramai-ramai.... hahahaha...
Patutnya dari dulu lagi, bukan sekarang. Bila bangkai dah keluar bau baru nak cabut. P.K.R. Parti Kutip Perosak.
BalasPadam