Nuffnang

EKSKLUSIF : Pengakuan Mangsa Dibelasah Seperti Samseng!!!



Kota Bharu – Wanita yang menjadi mangsa pukul, wanita yang cemburukan beliau kononnya masih berhubung dengan teman lelaki beliau berjaya ditemu bual.

“Saya tak salah dalam hal itu, sebaliknya menjadi mangsa keadaan. Namun mereka menyerang saya seperti samseng.

“Disebabkan kejadian itu saya takut untuk keluar rumah dan trauma hingga kini,” kata mangsa pukul beberapa wanita yang rakaman videonya menjadi viral di laman sosial beberapa hari lalu.

Dalam rakaman itu, mangsa dikenali sebagai Nila, 22, dibelasah teruk dan dimalukan gara-gara salah faham serta didakwa menjalin hubungan sulit dengan teman lelaki pelaku serta suami orang.

Kejadian berlaku di Wakaf Mek Zainab, di sini, 15 Oktober lalu dan menyebabkan tiga wanita berusia 20-an ditahan polis sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Menurut Nila, dia tiada upaya melawan kembali perbuatan wanita terbabit kerana keseorangan, selain dikeliling ramai rakan wanita berkenaan.

Walaupun teruk dibelasah, ibu anak satu itu bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

“Kes dalam perhatian pihak berkuasa dan saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dan bersyukur mereka ditahan.

“Saya berharap mendapat pembelaan sewajarnya kerana yakin tidak bersalah dalam hal ini. Semua yang terjadi akibat rasa tidak puas hati dan salah faham,” katanya.

Menceritakan kejadian itu, Nila berkata, sebelum insiden, dia dipukul wanita sama pada 13 Oktober kerana rasa tidak puas hati, namun tiada pihak merakam kejadian itu.

“Kerana masih tidak puas hati, dia mencari saya lagi ketika saya ke Wakaf Mek Zainab untuk ke rumah rakan. Ketika itu saya menunggu di dalam kereta dan secara tiba-tiba diheret keluar.

“Mereka pukul saya dengan teruk dan merakam kejadian yang berlaku jam 7 pagi. Saya tak tahu apa yang dia dendam sangat kerana tidak mempunyai hubungan dengan teman lelakinya seperti didakwa.

“Saya juga tidak tahu-menahu mengenai barang kemas yang didakwanya dalam milikan saya. Dia sebenarnya mencari seorang rakan saya di Kuala Terengganu kerana masalah antara mereka,” katanya, lapor Harian Metro.



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top