Nuffnang

ALLAHU AKHBAR!! Cabar Hudud Ditolak Mahkamah Persekutuan


Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan parti Gerakan untuk memulakan petisyen bagi mencabar perlaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah (Hudud) di Kelantan.

Hakim Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu selepas mendapati tiada asas yang mencukupi untuk pemohon memulakan tindakan berkenaan.

Kes bermula apabila Mei lalu, Gerakan memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan enakmen itu yang lebih dikenali sebagai hudud di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Gerakan mahu membawa kes berkenaan ke mahkamah bagi membincang dan memutuskan persoalan undang-undang, sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mempunyai bidang kuasa menggubal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).
Share this article

1 Komen:

  1. AKHBAR!! = surat khabar

    akbar = maha besar
    Alif, kaf, ba, ra

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top