Nuffnang

Perang Online Pemandu Teksi Dan Uber #Ubered


Ramai orang yang dahulunya antara pengguna setia teksi sudah kini semakin beralih kepada menggunakan servis Uber, trend baru pengunaan servis kereta persendirian untuk mengambil dan menghantar penumpang yang boleh ditempah melalui atas talian dan telefon pintar. 

Uber turut mencabar khidmat dan periuk nasi pemandu teksi menyebabkan ramai pemandu teksi berang akan kewujudan servis baru ini.



Aplikasi atas talian ini memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menempah kereta pilihan daripada pemandu Uber yang berada berhampiran dengan lokasi pengguna.

Terdapat beberapa sebab yang membuatkan pengguna lebih gemar menggunakan perkhidmatan Uber walaupun kadang kala terpaksa membayar kos yang lebih daripada menggunakan teksi. Hal ini mencetuskan kontroversi bukan sahaja di Malaysia tetapi keadaan telah menjadi lebih tegang di negara luar seperti di Amerika dan Australia serta beberapa negara lain.

Perang online yang telah tercetus membabitkan pemandu-pemandu Uber dengan hashtag #Ubered digunakan oleh pemandu-pemandu teksi dan juga pengguna online yang menentang kewujudan Uber di San Francisco.

Pemandu teksi di Malaysia yang turut tercabar dengan persaingan ini sudah lama juga memulakan perang online sendiri untuk memburukkan servis Uber yang dikatakan mencuri pelanggan-pelanggan teksi.


Antara tentangan yang diberikan adalah atas sebab privacy, penipuan, keselamatan dan juga hal-hal sosial yang lain seperti menghantar pemandu yang terbabit dalam aktiviti yang salah di sisi undang-undang mahupun membenarkan sesiapa sahaja untuk menjadi pemandu Uber tidak kira latar belakang pemandu tersebut. Apatah lagi ada antara pemandu Uber yang tidak mendapat permit pengangkutan awam.

Walaubagaimana pun, situasi di Malaysia kelihatan berbeza bagi pengguna kerana pengguna sememangnya lebih gemar menggunakan khidmat Uber ini atas faktor keselesaan, kemudahan menempah dan membayar mengunakan khidmat atas talian, dan harga yang telah ditetapkan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain seterusnya mengelakkan dari manipulasi harga oleh pemandu Uber.


Justeru semuanya terletak pada tangan pengguna dan tidak terlepas juga tanggungjawab pemandu Uber sendiri untuk memberikan khidmat yang telus kerana apabila bermula apa sahaja kes yang tercetus melibatkan pemandu Uber, pengguna akan lebih was-was menggunakan perkhidmatan tersebut. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, habis susu sebelanga. 

Namun setakat ini, Uber semakin menjadi pilihan pengguna tambahan lagi dengan penawaran kereta mewah dan servis selesa yang dapat dinikmati pengguna untuk bergerak ke lokasi yang hendak dituju.


Survey on why people choose to use Uber - 

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top