Nuffnang

PANASSS!!! Khairy "Berpeluh" Dengan Sambutan Di #PRKRompin!!! @KhairyKJ



Selepas turun membantu jentera BN di PRK Permatang Pauh, kelibat Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda BN dan Menteri Belia Dan Sukan dinanti-nantikan di Rompin. Sehingga ada yang membuat andaian Khairy "merajuk" untuk turun membantu jentera BN khususnya Pemuda di situ.





Namun, semua yang dimomokkan di media sosial itu akhirnya terjawab semalam. Khairy, melalui jentera Pemuda telah membuktikan tiada "pemboikotan" seperti yang didakwa. Hampir sehari suntuk beliau meluangkan masa bersama warga Rompin khususnya di Kampung Bukit Ibam dan Felda Keratong bagi membantu kempen BN.




Dalam temu bual bersama media, YB Khairy Jamaludin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemuda UMNO dan jentera parti yang sama sama membantu dalam memenangkan calon Barisan Nasional Datuk Hasan Arifin.



Beliau menyatakan keyakinan beliau terhadap pengundi muda khususnya dari belia FELDA akan terus mengundi Barisan Nasional dan berharap agar pihak jentera parti akan terus memberikan penerangan kepada para pengundi disini berkenaan dengan isu isu setempat dan nasional dalam membantu para pengundi agar membuat pilihan yang tepat semasa 5 Mei kelak.



Beliau juga opitimis (maksudnya selalu mempunyai harapan yang baik dalam menghadapi sesuatu hal) mengatakan Barisan Nasional boleh mencapai jumlah majoriti yang tinggi dalam keputusan PRK Rompin kali ini dan mengatasi rekod yang ditinggalkan oleh Allahyaham Tan Sri Jamaludin Jarjis.



YB Khairy Jamaludin tiba di Rompin pada awal pagi semalam disambut oleh ratusan pemuda bermotor yang difahamkan ia adalah dari para pemuda tempatan bukanya jentera luar.




Dalam sesi tersebut beliau juga menyentuh berkenaan "kemeriahan" perang poster di PRK Rompin ini dengan menyatakan bahawa Parlimen Rompin ini mempunyai skala kawasan yang besar dan ia tidak boleh disamakan dengan tempat lain yang padat dalam ertikata lain pola penduduk di Parlimen Rompin terancang dan dijarakkan dengan satu kawasan ke satu kawasan dengan satu perjalanan yang agak jauh dan berbeza dengan keadaannya dengan kawasan bandar.





Kepada pihak-pihak yang memainkan sentimen pemulauan Pemuda di PRK Rompin, boleh simpan je la cerita-cerita kosong yang cuba dijual kepada masyarakat. Gambar-gambar ini jelas menunjukkan komitmen Pemuda yang diketuai Khairy Jamaluddin dalam membantu jentera BN dalam memenangi PRK Rompin kali ini dengan majoriti lebih besar.

SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top