Nuffnang

#FBP2015 PEEWWWWIIIITTTTTTT Amy Search Gegar Pentas Utama Malam Ni!


PUTRAJAYA- Hari terakhir Festival Belia Putrajaya 2015 (FBP) dijangka terus meriah dengan pelbagai acara yang disusun untuk pengunjung yang hadir di tapak festival.


Dipentas utama malam nanti, antara yang ditunggu-tunggu ialah persembahan dari kumpulan lagenda rock tanah air iaitu kumpulan Search. Selain kumpulan Search, Najwa Latiff,Akim & Majistret, Azlan & Typewriter, Joe Flizzow,Altimet dan Sonaone turut membuat persembahan seawal jam 3 petang.

Kumpulan Search yang ditubuhkan awal tahun 80-an itu sudha menerbitkan hampir 25 album dan pelbagai lagu popular. Antara album dan lagu popular sentiasa menjadi sebutan peminat ialah, Cinta Buatan Malaysia,Mentari Merah di Ufuk Timur,Fenomena, Isabella, Gadisku,Fantasia Bulan Madu, Kejoraku Bersatu dan banyak lagi.

Selain pentas utama, kumpulan lawak dari selatan tanah air,Shiro, bakal mengegarkan dan menghiburkan pengunjung di pentas utara pada jam 3.45 petang ini.

Kepada mereka yang diluar sana dan sekitar lembah Klang, jangan lupa hadir ke Putrajaya hari ini yang merupakan hari terakhir FBP. Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti keseluruhan, layari Facebook “Festival Belia Putrajaya”.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top