Nuffnang

#FBP2015- Jangan Lupa Lelaki Ini Malam Ini!


PUTRAJAYA- Peminat Anuar Zain sekitar lembah Klang sudah boleh berkira-kira untuk hadir memenuhi setiap ruang hadapan Pentas Utama Festival Belia Putrajaya(FBP) malam ini kerana penyanyi yang mempunyai suara lunak dan merdu ini akan membuat persembahan sekitar jam 10 malam.


Anuar Zain merupakan salah seorang artis tanah air yang dibawakan khas oleh penganjur kerana beliau mempunyai peminat dari setiap lapisan masyarakat, umur dan juga bangsa.

Selain daripada Anuar Zain, pengunjung FBP juga bakal dihiburkan dengan artis tempatan di pentas utama bermula dari jam 3 petang, dimana kumpulan Salam Musik akan membuka ditirai diikuti Alif Satar,Noh Salleh, Najwa Mahaiddin,Bunkface dan penyanyi yang popular dengan lagu Matahari, Hafiz.

Selain pentas utama FBP, pentas utara juga tidak kurang hebatnya kerana, kumpulan lawak nombor satu negara Sepahtu bakal menghiburkan pengunjung sekitar jam 5 petang diikuti dengan persembahan Comedy Central oleh Prakash Daniel pada sebelah malam.

FBP 2015 kali ini dijangka lebih meriah, kerana menampilkan pelbagai aktiviti yang mengikut citarasa dan kehendak belia hari ini.Pendekatan ini lebih realistik dan tidak syok sendiri kerana setiap akviti yang dirangka melalui beberapa tapisan serta pemilihan yang ketat bagi memastikan pengunjung yang hadir tidak kecewa bila mereka pulang.

Ayuh mereka diluar sana, FBP berlangsung sehingga malam esok (Ahad),pelbagai aktiviti telah disusun dan bersedia untuk menerima ratusan ribu anak muda bermula hari ini. Jadilah sebahagian daripada mereka, jom hadir ke Festival Belia Putrajaya 2015.

Layari http://festivalbeliaputrajaya.com/ dan facebook – “Festival Belia Putrajaya
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top