Nuffnang

PENGGANAS!!! 5 Lelaki Malaysia Diburu Filipina!!!



Tentera Filipina sedang memburu anggota militan Abu Sayyaf termasuk lima rakyat Malaysia yang mempunyai hubungan dengan kumpulan yang dikaitkan dengan al-Qaeda.

Lima suspek militan itu dikenali sebagai Dr Mahmud Ahmad, Mohd Najib Husen, Muhammad Joraimee Awang Raimee, Mohd Amin Baco dan Jeknal Adil.


Dilaporkan bahawa Konstabel Zakiah Aleip telah ditawan hampir setahun oleh Abu Sayyaf.


Pasukan Elite Army Scout Rangers sedang memburu anggota militan itu dan operasi mereka kini memasuki hari kelima pada Sabtu, dengan 24 anggota Abu Sayyaf dilaporkan terbunuh dan 24 lagi cedera.


Tentera itu kehilangan dua anggotanya, dan 26 lagi cedera.


Ketua Pejabat Hal Ehwal Awam Tentera Filipina, Leftenan Kolonel Harold Cabunoc berkata, kumpulan yang dikenali dengan menculik dan memenggal tebusan telah keluar dari perkampungan di bandar Patikul, wilayah Sulu.


"Kumpulan Abu Sayyaf sedang diburu. Pasukan elite Scout Rangers menjejaki mereka tanpa henti," kata Cabunoc.


Jurucakap tentera wilayah Westmincom yang berpangkalan di Zamboanga City, Kapten Maria Rowena Muyuela berkata, satu lagi pertempuran antara pasukan tentera dan kumpulan Abu Sayyaf yang diketuai Radulan Sahiron berlaku di kampung Kabuntakas di Patikul pada Jumaat lalu.


Muyuela berkata, sekurang-kurangnya 10 anggota militan itu terbunuh dan lapan lagi cedera dalam pertempuran yang berlangsung selama tiga jam.

Katanya, dua tentera terbunuh dan 10 lagi cedera.


Jurucakap tentera, Kolonel Restituto Padilla berkata, kumpulan militan itu dilaporkan bergerak bersama dengan tiga anggota Jemaah Islamiyah yang merupakan rakyat Malaysia, yang menyediakan latihan membuat bom.


"Ini (serangan) tidak akan berhenti sehingga kita menamatkan Abu Sayyaf. Rakyat Malaysia yang terbabit 'sudah lama dipantau'," katanya. - AFP
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top