Nuffnang

PANASSS!!!! AMMB VS RAFIZI - Siapa Kaki Kelentong?



Adoiii..... Ni Saper yang betul ni? Korang rasa? Satu pihak membuat kenyataan berdasarkan hal dalaman syarikat mereka sendiri manakala yang satu pihak lagi buat-buat serba tahu perihal dalaman orang lain.

Ahli Lembaga Pengarah AMMB Holdings Berhad (AmBank Group) menafikan peletakan jawatan pengarah urusan kumpulan Ashok Ramamurthy Januari lalu kerana ada perkaitan dengan syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kenyataan AmBank menyebut Ashok berhasrat kembali ke pangkuan keluarganya di Melbourne, Australia selepas berjauhan kerana berkhidmat dengan AmBank sejak 2007.

Beliau akan meneruskan kerjayanya bersama Kumpulan Perbankan Australia dan New Zealand.

Hakikatnya, AmBank Januari lalu telah menyebut bahawa peletakan jawatan itu sebahagian peralihan yang dirancang bagi membolehkan Ashok bersatu kembali dengan keluarganya.

Masalahnya, satu lagi pihak membuat dakwaan hal dalaman orang lain tanpa mengemukakan bukti sebaliknya bersandarkan sumber.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pula mendakwa peletakan jawatan Ashok 21 Januari lalu berpunca selepas Bank Negara Malaysia menjalankan audit dan mendapati sesuatu yang tidak kena berkaitan pinjaman RM2 bilion yang diberikan kepada projek pembangunan hartanah Bandar Malaysia 1MDB.

Rafizi juga mendakwa AMMB sejak beberapa tahun dahulu turut menguruskan beberapa urusniaga penting melibatkan 1MDB serta menguruskan penerbitan hutang (Islamic medium term notes) berjumlah RM5 bilion.

Selain Ashok, dua pegawai kanan lain turut meletakkan jawatan.

Persoalannya, pihak mana yang lebih layak untuk kita percaya.

Di pihak AMMB, kita dengar kenyataan dari Ahli Lembaga Pengarah, yakni golongan profesional yang bertanggungjawap terhadap ribuan pemegang saham syarikat serta jutaan penyimpan membabitkan kos berbilion ringgit.

Di pihak Rafizi, kita dengar maklumat sumber tanpa bukti dari ahli politik pembangkang yang sejak sekian lama melontarkan pelbagai tuduhan dan fitnah semata-mata kerana mahu sokongan masyarakat tanpa memperdulikan undang-undang negara asal tercapai nafsu di hati.

Untuk rekod, puluhan pendedahan tanpa bukti telah dilakukan Rafizi kecuali membabitkan kes National Feedlot Corporation Sdn Bhd, tetapi itupun melalui perbuatan yang melanggar undang-undang negara.

Untuk itu, beliau menanti perbicaraan selepas didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lalu, pihak mana anda mahu percaya lantaran isu yang dibawa sekadar bertujuan menggugat keyakinan masyarakat terhadap kerajaan Barisan Nasional pada kala orang ramai agak tertekan dengan faktor kehidupan sekeliling.

Yang pasti, sekali tertipu adalah normal namun bagaimana pula jika berkali-kali terus tertipu dengan penyakit was-was di hati.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top